Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BEKALAN MAKANAN LAUT BEKU TERJEJAS

Pelbagaikan sumber makanan laut kurangi kesan jangka pendek

Jul 24, 2021 | 05:30 AM



ORANG ramai dinasihatkan supaya mempelbagaikan pilihan serta sumber makanan laut mereka bagi mengurangkan kesan jangka pendek yang disebabkan gangguan pada bekalan makanan laut beku di sini, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu.



Beliau bekata, Agensi Makanan Singapura (SFA) sedang bekerjasama dengan Persekutuan Persatuan Pedagang Singapura (FMAS) dan pembekal makanan laut tempatan untuk memastikan belakan alternatif dapat dihantar ke sini menerusi pengangkutan darat dan udara, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Cik Fu berkata, pihaknya juga sedang menimbangkan untuk mengadakan beberapa pusat pengagihan makanan laut dan pengendali pasar raya terkemuka sudah meningkatkan stok mereka untuk memastikan bekalan yang mencukupi di cawangan mereka.



Cik Fu, yang menyatakan demikian semasa lawatannya di pusat penyimpanan makanan beku di Jurong Rabu lalu turut memerhatikan simpanan stok makanan laut beku seperti udang beku, ikan siakap dan ikan kerapu.



Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP) yang membekalkan sekitar 30 peratus import makanan laut ke Singapura, termasuk yang diimport menerusi pengangkutan darat dan udara telah ditutup hingga 31 Julai ini.



Ini berlaku susulan kelompok jangkitan Covid-19 yang muncul di situ.



Penutupan sepanjang dua minggu itu adalah untuk mengekang rantaian penularan Covid-19 dan menjalankan kerja-kera pembasmian kuman.



Menurut ST, penutupan itu turut menjejas semua pergerai dan peniaga makanan laut segar di pasar-pasar setempat yang dikendali Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) atau pengendali yang dilantik agensi tersebut.



Mereka telah diarah menghentikan penjualan makanan laut sehingga mereka memperolehi keputusan negatif Covid-19 setelah menjalani ujian reaksi rantaian polimerase. (PCR)



Cik Fu berkata, kelompok jangkitan berkenaan telah menjejas rantaian bekalan Singapura.



"Kami ingin menyemak semula bagaimana penularan (virus itu) berlaku dengan bekerja dengan rapat bersama MOH (Kementerian Kesihatan).



"Kami sedang menyemak semula SMM (langkah pengurusan selamat) termasuk memeriksa rakaman CCTV, untuk memastikan kami mengenal pasti kelemahannya dan jika ada, kami akan mengatasinya sebelum kami membuka semula JFP," kata beliau.



Cik Fu turut menggesa semua pekerja di pusat penjaja dan pasar basah yang terjejas itu pergi menjalani ujian Covid-19 serta mendapatkan suntikan vaksin.



Beliau menambah, kaedah pendaftaran kemasukan mandatori SafeEntry akan turut dikuatkuasakan di semua pasar basah dan pusat penjaja serata Singapura untuk membantu dalam usaha jejak kontak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >