Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Setempat

Bekalan makanan, mutu udara S’pura tidak terjejas akibat kebakaran hutan Australia, kata Masagos

Feb 03, 2020 | 07:07 PM

Kebakaran hutan Australia tidak menjejas keselamatan makanan atau mutu udara Singapura, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di Parlimen pada Isnin (3 Feb).

Kebakaran hutan telah memusnahkan banyak kawasan di Australia untuk berbulan lamanya, membinasakan sekitar 2,500 rumah dan membunuh sekitar satu bilion haiwan asli dan 33 orang, termasuk beberapa ahli bomba relawan.

Ibu kota Australia, Canberra, dan bandar lain termasuk Sydney dan Melbourne, berulang kali diselubungi asap kebakaran hutan itu, yang menjejas mutu udara dan menyebabkannya dicatatkan sebagai antara yang paling teruk di dunia.

Encik Masagos menjawab soalan oleh Encik Seah Kian Peng (Marine Parade) tentang bagaimana musim kebakaran hutan di Australia itu telah menjejas sekitaran dan keselamatan makanan Singapura.

Encik Masagos memberi jaminan bahawa keselamatan makanan Singapura tidak terjejas oleh kebakaran hutan itu.

Australia merupakan sumber penting bagi barang makanan yang biasa dimakan untuk Singapura, seperti daging, susu, dan gula. 

Beliau berkata sementara banyak bahagian Australia terjejas oleh kebakaran itu, bekalan makanan Singapura dari negara itu kekal stabil antara November tahun lalu dengan Januari tahun ini.

“Walau bagaimanapun, kami sedar bahawa gangguan dalam import makanan, termasuk yang dikaitkan dengan iklim, kekal sebagai satu kemungkinan,” kata beliau, sambil menambah bahawa Agensi Makanan Singapura (SFA) telah bekerjasama dengan pengimport makanan untuk mempelbagaikan sumber daripada pelbagai negara dan untuk melaksanakan pelan bagi mengurangkan gangguan bekalan makanan.

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian