Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekalan pertama vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak dijangka tiba Rabu

Dec 21, 2021 | 10:03 AM



 





BEKALAN dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech/Comirnaty bagi kanak-kanak dijangka tiba di sini pada Rabu (22 Disember).



Dos pediatrik itu, yang kini sedang dalam perjalanan dari Eropah, akan membolehkan Singapura memulakan program vaksinasi bagi kanak-kanak berusia antara lima dengan 11 tahun pada penghujung Disember, sebagaimana yang dijadualkan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (21 Disember).



Menambah, MOH berkata vaksin pediatrik Covid-19 Pfizer-BioNTech/Comirnaty itu telah diluluskan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) untuk digunakan bagi kanak-kanak dalam kumpulan usia tersebut.



Jawatankuasa pakar bagi vaksinasi Covid-19 juga telah memberi saranannya supaya ia digunakan bagi kanak-kanak berusia lebih muda ini.



Menulis di Facebook, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung berkata dos pediatrik itu akan memulakan perjalanan dari Jerman ke sini pada Selasa.



“Vaksinasi adalah kunci untuk melindungi kededua orang muda dan tua, dengan lebih banyak kes varian Omicron dikenal pasti di sini dan di dunia,” kata Encik Ong. 



Beliau juga berkata MOH sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE) dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) berhubung butiran pelancaran program vaksinasi dan butiran lanjut akan diumumkan oleh MOE dan Ecda.



 Vaksinasi dan dos penggalak menawarkan perlindungan terbaik terhadap Covid-19, kata MOH.



“Pelanjutan vaksinasi kepada kanak-kanak berusia antara lima tahun dengan 11 tahun akan memperkukuh daya tahan bersama kita terhadap keadaan Covid-19 yang sedang berubah dan kami menggalak semua orang yang layak untuk mendapatkan vaksinasi apabila ia ditawarkan kepada mereka.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >