SEORANG bekas kakitangan Tentera Laut Amerika Syarikat diheret ke mahkamah semalam atas tujuh tuduhan makan suap sebanyak $130,278 dalam bentuk wang tunai dan penginapan di hotel mewah daripada kontraktor tentera.
Gursharan Kaur Sharon Rachael, 55 tahun, juga menghadapi dua tuduhan pemindahan wang secara terlarang, termasuk menggunakan wang rasuah bagi membeli insurans dan membayar opsyen bagi membeli kondominium.