Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas banduan dijel 12 tahun cabul kehormatan budak di tangga blok

Jan 19, 2021 | 05:30 AM



SEORANG bekas banduan semalam dihukum penjara 12 tahun selepas dia mencabul kehormatan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun selang 10 bulan dilepaskan daripada tahanan pencegahan.



Pekerja pembersihan Salim Abdul Rahman, kini berusia 61 tahun, mengaku bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan kanak-kanak itu selepas beliau dibebaskan pada 2019.



Dia telah dipenjarakan selama 10 tahun pada 2009 selepas didapati bersalah mencabul kehormatan enam kanak-kanak, termasuk seorang bayi berusia setahun.



Mahkamah mendapati Salim mempunyai ciri pedofil dan dianggap berisiko tinggi mengulangi kesalahannya.



Namun laporan Institut Kesihatan Mental (IMH) menyatakan beliau tidak mengalami penyakit kesihatan mental ketika menganiaya mangsanya pada 1 Oktober tahun lalu.



Hukuman tahanan pencegahan dijatuhkan ke atas pesalah yang berusia lebih 30 tahun dan tidak menawarkan pengurangan sepertiga hukuman bagi kelakuan baik.



Penahanan itu boleh dikenakan sehingga 20 tahun dan mereka yang dijatuhkan hukuman tersebut akan menerima hukuman penjara yang berat demi melindungi awam.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Colin Ng berkata Salim memburu mangsa pada 1 Oktober tahun lalu, selepas melihatnya di bas awam.



Semasa kanak-kanak perempuan itu turun dari bas dan berjalan pulang Salim menyentuh bahunya dari belakang.



"Walaupun mangsa enggan menjawab pertanyaannya, Salim tetap ingin berbual dengan mangsa. Salim mengeluarkan $1.50 dari sakunya, menyerahkannya kepada mangsa.



"Mangsa mengambil $1.50 itu kerana dia takut menimbulkan kemarahan tertuduh sekiranya dia menolak tawarannya itu. Salim kemudian memegang tangan kanan mangsa dan menyuruhnya mengikutinya ke rumahnya," kata DPP Ng.



Salim lalu membawa mangsa ke blok berdekatan dan mencabulnya di tangga. Namun kanak-kanak itu berjaya melarikan diri dan memberitahu neneknya, yang membuat laporan polis.



Polis berjaya menangkap Salim pada hari yang sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >