Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas banduan enggan buang masa lagi di penjara

Feb 05, 2021 | 05:30 AM



WALAU sudah lima kali keluar masuk penjara, Encik Irfan (bukan nama sebenar) tidak pernah serik.



Namun, setelah dimasukkan penjara pada pada 2019 atas kesalahan dadah, beliau mula sedar betapa penting bagi dirinya memikirkan hal masa depan.



"Pada usia 38 tahun, tiada apa yang dapat saya banggakan. Saya tidak mempunyai pendapatan CPF ataupun rumah sendiri," katanya.



Beliau kini sedang menjalani program Program Berasaskan Masyarakat (CBP) di bawah Perkhidmatan Penjara Singapura, di mana para pesalah yang layak boleh menghabiskan dua pertiga hukuman mereka di dalam masyarakat dengan beberapa syarat.



Encik Irfan dipindahkan ke Rumah Peralihan Pertapis pada September tahun lalu melalui Skim Rumah Tumpangan (HWH), dan sejak dari itu, beliau telah menjalani beberapa program yang dilaksanakan di sana.



Melalui skim ini, pesalah yang memerlukan sokongan lebih akan diberi bantuan dengan kerjasama rakan komuniti.



Pesalah yang dipindahkan ke rumah peralihan akan melalui program pemulihan berstruktur yang dikendalikan rumah peralihan itu.



Katanya:



"Sebelum ini, selepas keluar dari penjara, saya bebas tanpa memikirkan tanggungjawab.



"Tetapi, sejak menjalani program ini, saya belajar untuk berfikiran positif dan juga menyesuaikan diri supaya dapat berubah ke arah lebih baik."



Semasa di rumah peralihan Pertapis, Encik Irfan juga diberi peluang untuk turut menyertai dalam aktiviti khidmat masyarakat yang dikendalikan rumah itu. Melalui aktiviti sebegini, ia membantu beliau untuk mengasimilasi ke dalam masyarakat supaya beliau dapat memahami keperluan di dalam masyarakat.



Dengan sokongan dan dorongan yang diberikan kepadanya oleh Pegawai Integrasi Semula, Komand Pemulihan Masyarakat, Ketua Warder 2 (CW 2) Mohammad Zailan Ismail, 38 tahun, dan Ketua Rumah Peralihan Pertapis, Encik Muhammad Sufian Salim, 46 tahun, beliau kini bekerja sebagai seorang atendan di sebuah syarikat logistik sejak 20 Januari lalu.



"Alhamdulillah, majikan dan rakan sekerja saya amat memahami dan memberi banyak sokongan kepada saya."



"Saya ada empat orang anak di bawah tanggungan saya, jadi saya tidak mahu membuang masa lagi di dalam penjara dan menjadi seorang bapa yang baik kepada anak-anak saya," tambah bapa kepada empat orang anak yang berusia di antara dua hingga 10 tahun itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >