Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas banker dalam kes 1MDB dikenakan lebih banyak tuduhan

May 06, 2016 | 10:53 AM



TIGA lagi tuduhan dikenakan terhadap seorang bekas pegawai bank kekayaan peribadi yang terlibat dalam siasatan berkaitan syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Yeo Jiawei, 33 tahun, digambarkan pendakwa raya sebagai orang yang memainkan "peranan utama" dalam pergerakan jumlah besar wang dan merahsiakan urus niaga.



Yeo, yang sebelum ini bekerja bersama bank swasta Swiss, BSI, cawangan Singapura, didakwa menipu bank itu pada 2013 dengan merahsiakan urus niaga, memindahkan dana yang merupakan ganjaran baginya daripada perlakuan jenayah, dan menghalang keadilan.



Dengan ini, dia kini menghadapi enam pertuduhan.



Dalam satu perkembangan baru, pendakwa berkata penyiasat mengesyaki "jumlah besar wang - $200,000 dan AS$200,000 ($271,300) - yang dipindahkan bagi pihak Yeo" kepada Harry Elias Partnership, firma guaman peguamnya, Encik Philip Fong - "mungkin merupakan ganjaran yang dikaitkan dengan perlakuan jenayah".



Pendakwa menuduh Yeo pada 16 April cuba menghalang keadilan, menipu bekas majikannya dan melakukan pengubahan wang haram.



Pada Khamis (5 Mei), dia dikenakana dakwaan tambahan menipu bekas majikannya pada 2013 dengan menyembunyikan hakikat dia akan menerima sebahagian daripada bayaran yang dibayar melalui Bridgerock Investment, sebuah firma yang dikawalnya, kepada Pacific Harbor Holdings, pengurus pelaburan Pacific Harbor Global Growth.



Yeo juga didakwa cuba menghalang keadilan apabila dia meminta Encik Kevin Swampillai, bekas pengarah perkhidmatan pengurusan kekayaan BSI, pada 27 Mac supaya berbohong kepada polis bahawa wang yang Encik Samuel Goh Sze-Wei pindahkan ke Bridgerock Investment dan GTB Investment adalah pelaburan Encik Goh.



Selain itu, dia didakwa memindahkan AS $500,000 daripada akaun Malayan Banking atas nama Bridgerock Investment pada 14 Nov 2012 ke akaun OCBC atas nama Yishun Aquarium. Wang itu "ganjaran untuknya daripada menipu".



Hakim Daerah Christopher Goh membenarkan permohonan pendakwaan untuk menahan reman Yeo selama satu minggu lagi, tetapi membenarkan dia mendapat akses "munasabah" kepada peguamnya.



Peguam Negara Kedua, Encik Kwek Mean Luck, berkata dalam hujah agar Yeo ditahan lagi dia "memainkan peranan penting dan merancang secara langsung dengan mereka yang bertanggungjawab bagi jaringan transaksi dan kegiatan jenayah ini".



Kegiatan itu tidak terhad pada pengubahan wang haram rentas sempadan, yang melibatkan "jumlah mengejutkan", katanya.



"Yeo sendiri menerima keuntungan rahsia kira-kira AS$4 juta daripada Bridgerock Investment ketika dia masih di BSI. Adalah dipercayai bahawa keseluruhan jumlah yang diterimanya daripada transaksi haram jauh melebihi jumlah ini. Selain itu, dia telah mengambil langkah-langkah luar biasa untuk menutup pelibatannya dan menyamar aliran wang haram kepada dirinya sendiri dan ahli keluarganya."



Yeo menunjukkan "tiada masalah untuk meminta saksi lain berbohong dan mengganggu siasatan," kata Encik Kwek.



Beliau berkata pihak pendakwaan juga mempunyai alasan untuk percaya bahawa isteri Yeo telah "membuat hubungan dengan saksi lain atas alasan yang mungkin perlu disiasat selanjutnya".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >