PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) telah mengenakan larangan seumur hidup ke atas bekas banker Goldman Sacs Tim Leissner pada Rabu (19 Disember).
Leissner telah mengaku bersalah kepada tuduhan jenayah yang dikenakan ke atasnya oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, berhubung peranannya dalam skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sebelum ini, Leissner telah dikenakan perintah larangan 10 tahun oleh MAS pada Mac, kerana mengemukakan kenyataan palsu bagi pihak bank tanpa pengetahuan atau kebenaran bank itu. Beliau juga didapati memberikan surat rujukan yang tidak diluluskan bagi pihak Goldman Sachs kepada institusi kewangan yang berpangkalan di Luxembourg.
Larangan seumur hidup itu, yang turut melanjutkan bidang kuasa perintah larangan asal, akan menyekat Leissner daripada melakukan sebarang kegiatan di bawah bidang kuasa Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan. Ia juga mengadangnya daripada menguruskan sebarang syarikat khidmat modal pasaran di Singapura, kata MAS.
Leissner juga dilarang bertindak sebagai pengarah, atau menjadi pemilik saham besar, atau pemilik lesen khidmat modal pasaran di bawah Akta itu.
Leissner dituduh di Amerika pada 1 November dan merayu bersalah kerana terlibat dalam komplot untuk mendapatkan dan mengekalkan perniagaan daripada 1MDB bagi Goldman Sachs, dengan janji membayar rasuah kepada pegawai kerajaan di Abu Dhabi dan Malaysia.
Beliau juga mengambil dana dari 1MDB bagi dirinya sendiri dan mengalihkan wang menerusi sistem kewangan di Amerika dan negara lain.
Lagu Lebaran yang dicipta bukan setakat merakam dan menyebarkan keceriaan menyambut 1 Syawal yang mulia.
Buat penyanyi dan komposer Singapura, Rudy Djoe, sesebuah lagu Hari Raya tetap boleh memainkan
Dalam kehidupan yang dipenuhi dengan pelbagai tanggungjawab, ibu bapa dan penjaga sering terjerat dalam kesibukan sehingga mudah mengabaikan kesan penting tabiat harian kanak-kanak.
Namun begitu, satu
Walaupun beliau sudah lama mengumumkan pengundurannya daripada dunia seni hiburan, pelakon, penyanyi dan peragawati, Noorkumalasari, yang popular pada era 1980-an tetap masih mendapat perhatian
Di jalanan yang sibuk di Jakarta, mata penyanyi Eka Mairina mencari-cari gelandangan yang menumpang teduh di tepi jalan, di bawah jambatan dan ceruk-ceruk lorong.
Sambil memandu keretanya yang sarat
Kalau sentuh bab Raya, kanak-kanaklah golongan yang paling teruja menyambutnya.
Manakan tidak, Hari Raya adalah masa untuk mereka ‘berasa’ mempunyai wang yang banyak dalam genggaman.
Pasti sebagai ibu
Sebagai satu langkah proaktif untuk mempromosikan kelestarian dan kreativiti, Marina Square bergabung dengan Peace of Art, sebuah badan bukan meraih untung tempatan yang menyokong kanak-kanak
Dengan cuaca panas dan indeks ultraungu (UV) yang meningkat pada akhir Mac, dan dijangka berterusan sepanjang April dan Mei, para doktor dan pakar menasihatkan orang ramai supaya memakai tidak hanya
Seorang kenalan dari Indonesia memberitahu beliau kagum dengan masyarakat Islam di Singapura yang meraikan Hari Raya dengan kunjung-mengunjungi satu keluarga dengan lain selama sebulan lamanya.
Di
Tak faham bahasa yang digunakan generasi kini? Ruangan GenKini Berita Harian mengajukan soalan kepada ‘Tia dan Tio’.
Kali ini, mereka menjelaskan penggunaan istilah ‘flex’ dan ‘simp’.
Perkataan: [fleks
‘Baju Melayu lelaki ini memang tak banyak variasilah! Simple simple sahaja gayanya...’
Itulah kata-kata yang sering diungkapkan ramai menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri saban tahun.
Tatkala kaum

Rayuan bersalah Leissner itu menimbulkan lebih banyak bukti tentang penglibatannya dalam peralihan dana berhubung 1MDB, yang sebelum ini tidak diperolehi oleh MAS apabila ia mengemukakan perintah larangan asal, kata MAS dalam kenyataannya.
“MAS tidak dapat mewawancara Encik Leissner kerana beliau tidak berada di Singapura dan tidak boleh dipaksa untuk bertandang ke Singapura untuk membantu siasatan,” kata MAS.
MAS berkata ia akan menimbangkan sebarang bukti baru berhubung peralihan dana 1MDBN dan mengambil tindakan penguatkuasaan lanjut jika ia diperlukan.