Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas CEO Hyflux Olivia Lum, lima pegawai kanan didakwa sengaja tidak dedah maklumat

Nov 18, 2022 | 05:30 AM



PENGASAS yang juga bekas ketua eksekutif Hyflux, Olivia Lum Ooi Lin; bekas ketua pegawai kewangan (CFO) syarikat itu, Cho Wee Peng; dan empat bekas ahli lembaga pengarah didakwa semalam melanggar Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan.



Dalam satu kenyataan bersama, pihak berkuasa berkata keenam-enam mereka didakwa atas "kegagalan sengaja Hyflux mendedahkan maklumat berkaitan Projek Air dan Tenaga Bersepadu Tuaspring".



Lum, 61 tahun, juga didakwa melakukan kesalahan di bawah Akta Syarikat kerana kegagalannya memastikan pematuhan Hyflux pada piawaian perakaunan. Dia dibebaskan dengan ikat jamin agensi sebanyak $100,000.



Bekas pengarah bebas Hyflux yang didakwa bagi kesalahan berkaitan pendedahan ialah Teo Kiang Kok, Christopher Murugasu, Gay Chee Cheong dan Rajsekar Kuppuswami Mitta.



Cho, 53 tahun, meletak jawatannya sebagai naib presiden eksekutif kumpulan Hyflux dan CFO pada Jun 2013. Dia meninggalkan jawatan terbarunya sebagai CFO firma pelaburan hartanah ESR Group pada 19 September atas sebab kesihatan.



Teo, 66 tahun, melepaskan jawatannya sebagai pengarah bebas utama Hyflux pada Jun 2020 dan merupakan salah seorang daripada beberapa pengarah yang disiasat berhubung projek Tuaspring.



Tuduhan itu menyusuli satu siasatan bersama pada Jun 2020 oleh Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD), Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) , yang dimulakan tiga agensi itu selepas semakan ke atas pematuhan Hyflux pada piawaian perakaunan dan audit serta peraturan pendedahan.



Siasatan itu melihat apakah terdapat kesilapan dalam pendedahan Hyflux berkaitan loji Tuaspring, dan ketidakpatuhan piawaian perakaunan antara 2011 dan 2018.



Hyflux diletak di bawah pengurusan kehakiman pada November 2020 dan Mahkamah Tinggi pada Julai 2021 meluluskan penggulungannya, selepas syarikat itu gagal mendapatkan pihak penyelamat semasa ia berada di bawah moratorium hutang hampir dua tahun.



Pembubaran syarikat itu berkemungkinan menyebabkan kira-kira 34,000 pelabur sekuriti kekal dan saham keutamaan, yang telah melabur gabungan $900 juta, tidak mendapat apa-apa.



Masalah Hyflux bermula selepas ia menceburi perniagaan tenaga melalui loji Tuaspring. Loji itu, yang menjadi aset terbesar Hyflux, menghambat pendapatan sejak ia mula beroperasi pada Mac 2016.



Ia terjejas teruk oleh bekalan berlebihan gas yang menjatuhkan harga elektrik di bawah kos bahan api, mewujudkan masalah aliran tunai, manakala Hyflux terus meminjam banyak daripada bank dan pelabur dengan mengeluarkan sekuriti kekal.



Penganalisis juga berkata Hyflux mungkin telah mengambil terlalu banyak projek giat modal dengan tempoh pembangunan panjang, meminjam di luar kemampuannya dan terlalu optimistik dalam unjurannya.



Pihak berkuasa berkata pada Jun 2020 mereka sedang menyiasat semua pengarah yang berkhidmat di lembaga Hyflux antara 2011 dan 2018, termasuk bekas pengarah bebas Lum, Gay, Teo, Murugasu, Lee Joo Hai dan Lau Wing Tat, serta pengarah bukan eksekutif dan bukan bebas Gary Kee.



Encik Lau dilantik ke lembaga pengarah pada Julai 2014, menggantikan Encik Rajsekar Kuppuswami Mitta, yang meninggalkan lembaga itu pada 2012 selepas berkhidmat sebagai pengarah bebas bukan eksekutif sejak April 2007.



Seorang bekas pengarah bebas, Encik Simon Tay, yang meletak jawatan pada Februari 2020 kerana perselisihan faham dengan lembaga pengarah, juga sebahagian daripada kumpulan dalam penelitian.



Sementara itu, tidak jelas apakah tuntutan mahkamah terlebh dahulu dibawa oleh Hyflux, anak syarikatnya dan pembubar mereka daripada Borrelli Walsh terhadap Lum masih ditangguh. Pembubar Hyflux masih menyiasat apakah terdapat alasan yang mencukupi untuk meneruskan tuntutan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >