Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas finalis S'pore Idol anggotai persatuan siswa bijak dunia

Feb 11, 2018 | 05:30 AM



KETIKA diimbas semula, Encik Farhan Shah, 27 tahun, percaya keputusan pengajiannya di politeknik dulu kurang memuaskan.



Beliau lulusan diploma bidang teknologi dan pengurusan seni Politeknik Republic (RP).



Namanya terkenal setelah menyertai rancangan adu bakat realiti Singapore Idol dan menjadi finalisnya pada 2009.



Pada 2015, beliau mengikuti pengajian ijazah sarjana muda jurusan perhubungan dan pengajian media serta pemasaran selama tiga tahun di Universiti Australia Barat (UWA).



Di situlah beliau menggapai kecemerlangan dengan meraih gred purata 6.5 daripada jumlah keseluruhan 7 mata.



Malah, beliau berjaya mencapai 14 gred kepujian tinggi dan tujuh gred kepujian.



Keputusan itu menjadikannya sebahagian 15 peratus pelajar paling cemerlang di UWA.



"Saya mengalami pelbagai cabaran daripada segi pelajaran dan keyakinan diri.



"Kadangkala, saya meragui diri sendiri dan pernah mendapat sindiran orang lain yang tidak percaya saya dapat bertahan di universiti, apatah lagi berjaya.



"Namun, cabaran tidak memusnahkan diri, bahkan menguatkan saya," ujar Encik Farhan, ketika dihubungi baru-baru ini.



Kecemerlangannya itu diakui sehingga beliau dijemput menjadi ahli Persatuan Penghormatan Antarabangsa Golden Key.



Keanggotaan persatuan berprestij itu hanya melalui undangan dan ditawar kepada 15 peratus penuntut terbaik dalam maktab atau universiti dunia.



Ditubuhkan pada 1977, persatuan itu perkumpulan kolej terbesar yang mempunyai lebih dua juta anggota dari universiti dan kolej terkemuka.



Beberapa anggota terkenal termasuk Encik Desmond Tutu, aktivis hak asasi manusia Afrika Selatan dan penerima Hadiah Keamanan Nobel pada 1984; dan Encik Eli Wiesel, mangsa Holocaust, aktivis politik dan juga penerima Anugerah Nobel.



"Saya teramat gembira dan bersyukur usaha saya selama ini serta pengorbanan ibu bapa berbaloi," kata Encik Farhan.



Ibunya, Cik Hajrah Gurrahman, 49 tahun, yang kini menetap di Perth, Australia, berkata:



"Saya yang buka dan baca surat undangan Golden Key. Sebaik sahaja saya baca surat jemputan itu, memang rasa gembira tidak terkata dan segera petik gambar lalu terus hantar ke Farhan."



Menurut Cik Hajrah, sebelum ini, keputusan pendidikan anaknya itu tidak begitu cemerlang kerana pemuda tersebut kurang menumpukan perhatian.



Namun, beliau berkata kematangan anaknya meningkat selepas melalui Perkhidmatan Negara (NS).



Encik Farhan berkata beliau juga terdorong dek pengalaman belajar di UWA.



Sungguhpun baru sahaja tamat pengajian di UWA, Encik Farhan bercadang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana pula di Universiti Melbourne.



Akhir kata, beliau percaya mustahil kita berkata masa tidak mencukupi.



"Jika anda menumpukan sepenuh hati, fikiran dan semangat terhadap sesuatu perkara, serta merancang masa dengan betul, anda pasti boleh melakukan banyak perkara, tidak kira jumlahnya, dengan baik," katanya.



Dalam dunia seni pula, beliau baru menerbitkan 'single' Racun. Lagu tersebut boleh didengari di Spotify, YouTube dan semua gerbang digital utama.




"Kadangkala, saya meragui diri sendiri dan pernah mendapat sindiran orang lain yang tidak percaya saya dapat bertahan di universiti, apatah lagi berjaya. Namun, cabaran tidak memusnahkan, bahkan menguatkan saya."
- Farhan Shah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >