Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas guru agama sambilan wanita dikenakan pula Arahan Penahanan

Sebelum ini di bawah Arahan Sekatan, namun arahan terbaru ekoran tingkah laku bertambah radikal
Jun 10, 2021 | 05:30 AM



SEORANG suri rumah dan bekas guru agama sambilan warga Singapura telah dikenakan Arahan Penahanan (OD) sejak April, lapan bulan selepas dia dikenakan Arahan Sekatan (RO) dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



Tingkah laku Ruqayyah Raml, 34 tahun, bertambah buruk dalam tempoh itu dan dia terus melibatkan diri dalam kegiatan yang menjejas keselamatan negara, kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam kenyataannya semalam.



ISD berkata Ruqayyah juga gagal bekerjasama ketika menyertai program pemulihan.



Ruqayyah menjadi radikal kerana dipengaruhi suaminya Mohd Firdaus Kamal Intdzam, warga Malaysia berusia 33 tahun.



Firdaus yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di sini, ditangkap di bawah ISA pada Julai 2020 kerana ingin menyertai kumpulan militan ISIS di Syria.



Siasatan pada waktu itu mendapati Ruqayyah sanggup pergi ke zon konflik bersama suami dan dua anaknya supaya dapat terus menjaga keluarga dan membantu militan ISIS yang cedera.



"Dia terus menyokong tindakan ganas kumpulan militan ISIS dan percaya pada penggunaan kekerasan terhadap mereka yang dianggap musuh Islam.



"Selain itu, melanggar syarat RO, dia terus berkomunikasi dalam talian dengan penyokong ISIS di luar negara yang merupakan rakan sekutu Firdaus. Oleh itu, dia ditahan untuk mencegahnya daripada terus tersasar jauh ke jalan radikal yang ganas," kata ISD.



Di bawah Arahan Sekatan, seseorang tidak dibenarkan menukar tempat tinggal, pekerjaan atau meninggalkan Singapura tanpa kebenaran rasmi.



Dia juga tidak dibenarkan mengakses Internet atau media sosial, mengeluarkan kenyataan awam serta membuat ucapan di perjumpaan awam dan mencetak, menyumbang atau mengedarkan maklumat kepada sebarang penerbitan tanpa persetujuan Pengarah ISD. Dia juga dilarang menjadi ahli atau menyandang jawatan dalam sebuah organisasi, persatuan atau kumpulan.



Menyusuli kes tersebut, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata pentauliahan mengajar agama di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) yang diperolehi Ruqayyah pada September 2017 telah digantung.



Sementara itu, dua rakyat Singapura yang menjadi radikal telah dibebaskan dari tahanan di bawah ISA bulan lalu, selepas menunjukkan kemajuan baik sewaktu menjalani pemulihan dan dinilai tidak menimbulkan ancaman keselamatan.



Mohamed Faishal Mohd Razali, 30 tahun, ditahan di bawah ISA pada April 2018 selepas rancangannya menyertai konflik di Timur Tengah terbongkar. Dia telah dipengaruhi klip video peperangan dan ceramah pensyarah asing di Internet. Dia dibebaskan dengan Arahan Penggantungan (SD).



Seorang lagi ialah Kuthubdeen Haja Najumudeen, 38 tahun, yang merupakan pengikut seorang pendakwah radikal, Zahran Hashim, yang dikenal pasti oleh pihak berkuasa Sri Lanka sebagai dalang utama serangan pengganas di negara itu pada 21 April 2019. Haja dibebaskan dengan RO.



Dalam kenyataannya lagi, ISD mendedahkan bahawa Ahmed Hussein Abdul Kadir Sheik Uduman, 36 tahun - warga Singapura pertama dihukum kerana membiayai pengganasan - kini dikenakan RO selepas selesai menjalani hukuman penjara selama 30 bulan sejak Oktober 2019.



"ISD terus mendekati Hussein dalam usaha memulihkannya sepanjang dia dipenjarakan. Sejak itu dia telah membuat kemajuan yang baik dalam pemulihannya dan dinilai tidak lagi menimbulkan ancaman keselamatan yang memerlukan penahanan pencegahan" kata ISD.



Laporan lanjut: Tolak pemulihan tanda akar ideologi radikal dalam, perlu dikosongkan: Asatizah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >