Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas guru dengan rekod jenayah seks libatkan budak lelaki ulangi kesalahan

Mar 16, 2021 | 05:30 AM



SEORANG bekas guru sekolah rendah yang mempunyai rekod jenayah seks dan budak lelaki bawah umur melakukan beberapa kesalahan lain selepas dibebaskan daripada penjara.



Chock Soon Seng, kini 43 tahun, mengaku bersalah di mahkamah daerah semalam bagi empat kesalahan melakukan seks melibatkan dua daripada tiga budak lelaki itu yang ditemuinya pada 2018 dan 2019.



Sebanyak 14 tuduhan lain melibatkan remaja belasan tahun dan mangsa ketiga akan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Mahkamah diberitahu bahawa Chock guru tuisyen bebas yang mengajar Bahasa Mandarin kepada murid darjah lima hingga menengah empat ketika itu.



Dia mula menggunakan aplikasi media sosial seperti Grindr dan Locanto pada 2016 untuk berkenalan dengan lelaki lain bagi melakukan kegiatan seksual.



Pada April 2018, Chock berkenalan dengan mangsa pertama, seorang budak lelaki berusia 13 tahun, melalui Grindr. Mangsa memberitahu Chock murid darjah enam dan Chock meminta bertemunya untuk melakukan kegiatan seksual.



Setelah pertemuan pertama pada 15 April 2018, Chock meyakinkan pelajar itu agar bertemunya pada 17 April. Mereka mengadakan hubungan seks di sebuah tandas di Kelab Masyarakat Punggol semasa budak itu masih berpakaian seragam sekolah.



Pelajar itu tidak puas hati dengan Chock dan memutuskan hubungan kerana dia meminta kertas peperiksaan Bahasa Mandarin Lanjutan pelajar itu.



Chock mencari mangsa kedua, remaja lelaki berusia 15 tahun yang memuat naik iklan di Locanto untuk berkenalan dengan wanita. Chock membalas iklannya, dan mereka mula berhubung menerusi SMS, tetapi budak itu berkata dia tidak berminat mengadakan hubungan seks sesama jenis.



Chock memujuknya 'bereksperimen' dan menawarkannya wang tunai. Dia tidak cuba mengesahkan usia remaja itu.



Setelah dipujuk berkali-kali, remaja itu bersetuju bertemu. Chock pergi ke rumahnya pada 23 April 2018 dan melakukan hubungan seks dengannya, kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Chong Yong. Chock bertemu remaja itu kali kedua dan menyuruhnya melakukan aksi seksual ke atasnya. Dia sekali lagi memberikan wang tunai kepada remaja itu.



Kesalahan itu terbongkar apabila ibu mangsa pertama menemui perbualan berkaitan seks di telefon anaknya. Apabila beliau menghubungi sekolah anaknya untuk meminta pertolongan, sekolah menasihatinya supaya membuat aduan polis.



Siasatan kemudian menemui kesalahan terhadap kedua-dua mangsa.



DPP Chin Jincheng memberitahu mahkamah Chock pernah melanggar undang-undang. Dia dihukum pada 2010 kerana melakukan perbuatan lucah atau tidak senonoh dengan budak kecil atau budak bawah umur, dan pada 2014 mengadakan hubungan seks dengan budak bawah umur, antara lain.



Hakim Daerah John Ng meminta laporan bagi menilai kesesuaian Chock bagi latihan pemulihan dan penahanan pencegahan, dan menangguhkan hukuman hingga 9 April.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >