Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Bekas guru dipenjara, denda ganggu pengetua, pensyarah sekolah

Nov 09, 2022 | 05:30 AM



SEORANG bekas guru yang mengganggu pengetua sekolah dan pensyarah wanita dari sekolah yang dia pernah mengajar telah dihukum penjara selama 10 hari dan didenda $2,500 semalam.



Lelaki berusia 47 tahun itu, yang meninggalkan sekolah itu pada 2017, menghantar mesej teks, surat dan e-mel tanpa nama antara 2018 dan 2021 dengan menuduh pengetua sekolah tersebut bahawa beliau terlibat dalam kematian seorang pelajar.



Dia mengaku bersalah pada September atas dua pertuduhan gangguan.



Lelaki itu, yang telah bekerja sebagai tutor privet sejak 2019, tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti mangsa.



Dia tidak berpuas hati dengan pengetua sekolah tersebut kerana tidak bersetuju dengan cara pengurusan beliau.



Apabila bekas guru itu mengetahui bahawa seorang pelajar dari sekolah itu telah terbunuh dalam satu kemalangan, dia memutuskan untuk mengganggu bekas bosnya dengan menghantar surat-surat kesat tanpa nama kepadanya.



Lelaki itu juga menghantar surat yang sama kepada orang lain, termasuk seorang penatua gereja dan tiga pengetua sekolah dari sekolah lain, kerana dia mahu mereka tahu bagaimana bekas bosnya kononnya salah urus isu yang dikaitkan dengan kematian pelajar itu.



Butiran mengenai kemalangan maut itu tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah.



Dalam prosiding awal, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tan Zhi Hao berkata:



"Yang tertuduh menyediakan 20 surat tanpa nama yang sama.



"Setiap surat dimasukkan dalam sampul surat dan mengandungi nota dengan kata-kata kesat berikut: 'Beratnya kepala yang memakai mahkota, mata yang dicemari rasa bersalah, lidah yang dicemari oleh dusta, berdarahlah tanganmu yang berlumuran dengan darah kanak-kanak'."



Pada 9 Februari 2021, lelaki itu meninggalkan flatnya di Boon Keng dan pergi ke Sengkang, di mana dia menggunakan telefon awam untuk membuat panggilan tanpa nama kepada bekas bosnya.



Dia kemudian memberitahu bekas bosnya bahawa dia mempunyai "darah di tangannya" sebelum menamatkan panggilan.



Pengetua sekolah itu kemudian memberitahu rakan sekerjanya tentang panggilan itu dan mendapati bahawa sekolahnya telah menerima beberapa surat tanpa nama.



DPP Tan berkata: "Nota itu dibaca seperti inskripsi daripada batu nisan. Pengetua sekolah diberitahu bahawa baris pertama nota itu adalah petikan daripada karya Shakespeare, Henry IV. Baris terakhir adalah ancaman bunuh dan memberi tanggapan bahawa beliau akan mati pada 2021. Oleh itu, beliau berasa takut dan terancam."



Pengetua sekolah itu kemudian memaklumkan polis.



Pada insiden yang tidak berkaitan pada 2020, bekas guru itu menghantar mesej teks tanpa nama kepada seorang pensyarah wanita yang dia rasa zalim dan suka memerintah ketika dia seorang pelajar pensyarah tersebut.



Wanita itu kemudian membuat laporan polis pada 3 April 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >