Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas guru dipenjara kerana cabul budak 7 tahun di pusat pengayaan

Jan 03, 2017 | 02:41 PM



SEORANG bekas guru pakar bacaan yang mencabul seorang budak perempuan berusia tujuh tahun di sebuah pusat pengayaan dipenjara 18 bulan dan enam minggu pada Selasa (3 Jan).



Hukuman penjara enam minggu itu dikenakan ke atas Ian Lewis sebagai ganti bagi rotan tiga kali yang pihak pendakwaan mohon. Dia berumur lebih 50 tahun dan tidak boleh dirotan.



Warga Britain berusia 66 tahun itu mengaku meraba budak berkenaan di pusat di kawasan Orchard itu antara 16 Sep dan pertengahan Disember 2014.



Satu lagi tuduhan mencabul kehormatan seorang budak perempuan berusia lapan pada Mac 2015 diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Chee Ee Ling berkata Lewis mula bekerja di pusat tersebut pada 2012, dua tahun selepas tiba di Singapura.



Mangsa menghadiri kelas seminggu sekali yang dijalankannya di pusat itu. Kanak-kanak itu didaftar di pusat itu dari Nov 2013 hingga Dis 2014.



Siasatan mendapati dari 16 Sep hingga pertengahan Disember 2014, apabila mangsa menghadiri kelas pengayaan Lewis, dia duduk disebelah kanak-kanak itu, dengan tangannya di bawah meja dan mencabulinya.



Ini berlaku beberapa kali. Mangsa berasa tidak selesa dan takut, tetapi tidak memberitahu sesiapa kerana takut dimarahi Lewis.



Dia hanya memberitahu ibunya selepas menonton sebuah episod siri televisyen Crime Watch yang menunjukkan guru bimbangan berkelakuan tidak senonoh terhadap pelajar.



Budak itu menyedari apa yang dilakukan Lewis ke atasnya adalah salah.



Apabila ibu mangsa membawanya membuat laporan polis pada 12 Julai 2015, mereka sedar Lewis telah digantung kerana laporan polis serupa telah dibuat terhadapnya oleh ibu bapa pelajar lain.



Hukuman Lewis dikebelakangan ke 28 Oktober 2016.



Hukuman maksimum bagi kesalahan mencabul sesiapa di bawah umur 14 tahun ialah penjara lima tahun, denda dan sebat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >