Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Bekas guru jalin hubungan sulit dengan pelajar alami bipolar

Jan 19, 2022 | 05:30 AM



SEORANG bekas guru dari salah satu sekolah terbaik di Singapura, yang menjalin hubungan bersama seorang pelajar perempuan bawah umur dan kemudian melakukan perbuatan tidak senonoh terhadapnya, mempunyai sejarah mengalami gangguan bipolar.



Hakim Daerah, Encik Eddy Tham, telah meminta laporan untuk menilai kesesuaian lelaki itu bagi perintah rawatan mandatori (MTO) untuk meninjau antara lain sama ada keadaan pesalah itu mempunyai kaitan yang menyumbang kepada kelakuannya yang menyalahi undang-undang, lapor The Straits Times.



Pesalah yang diberi MTO akan menjalani rawatan untuk keadaan mental mereka sebagai ganti kepada hukuman penjara.



Kesalahan itu berlaku pada 2011 ketika mangsa berusia 15 tahun dan bekas guru lelaki itu 36 tahun. Remaja tersebut akhirnya membuat laporan polis pada 2018.



Pada November 2020, lelaki yang merupakan warga Singapura itu, kini berusia 47 tahun, mengaku bersalah terhadap dua tuduhan di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda. Dua tuduhan lain di bawah akta sama akan dipertimbang sewaktu hukuman.



Butiran pesalah dan sekolah tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah bagi melindungi identiti mangsa.



Dalam prosiding sebelum ini, mahkamah diberitahu lelaki itu menyertai sekolah tersebut pada 2009 dan mengenali mangsa apabila mengajarnya pada tahun berikutnya.



Mereka mula berkongsi butiran tentang kehidupan peribadi mereka pada September 2010, dan bertemu setelah kelas di dalam atau luar sekolah.



Pada akhir Februari 2011, mereka menjalin hubungan dan akan berpegang tangan apabila bersendirian di sekolah.



Mereka berada di dalam bilik di sekolah tersebut antara Mac dengan Mei apabila lelaki itu menggenggam lengan mangsa, menahannya di dinding, menekan badannya ke badan remaja itu sambil berkata:



"Saya boleh melakukan apa sahaja sekarang."



Dia melepaskan mangsa sekitar 15 saat kemudian. Mangsa berkata perasaannya ketika itu keliru dan malu dengan perbuatan tertuduh, tetapi tidak bertindak balas atau berkata apa-apa.



Dalam satu lagi kejadian berasingan, mereka berada dalam bilik apabila tertuduh menyentuh alat sulit mangsa.



Ini membuat mangsa terperanjat.



Pada November 2020, Kementerian Pendidikan (MOE) memberitahu The Straits Times bahawa lelaki itu bukan lagi pekerja mereka menjelang 2018.



Lelaki itu dijangka dikenakan hukuman pada April ini. Bagi setiap tuduhan, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda sehingga $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >