SEORANG bekas guru pengganti berusia 76 tahun dihadapkan di mahkamah semalam atas dua tuduhan mencabul kehormatan seorang murid berusia bawah 14 tahun di sebuah sekolah di Hougang.
Bok Tin Fok didakwa mencium budak perempuan itu, yang ketika itu berusia lapan tahun, di luar dewan sekolah berhampiran bilik guru, pada 2013.