Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas guru sambilan dipenjara 15 bulan kerana cabul kehormatan budak 11 tahun

Apr 17, 2019 | 07:57 PM



KEHADIRAN dua lagi kanak-kanak berdekatannya tidak menghalang seorang guru bahasa Inggeris sambilan daripada mencabul kehormatan seorang budak perempuan berusia 11 tahun semasa dia duduk sebelahnya dalam bilik darjah.



Mahkamah daerah diberitahu bahawa menyusuli kejadian itu, kanak-kanak itu berasa sedih dan takut selain sering terfikir tentang kejadian itu.



Akhbar The Straits Times turut melaporkan bahawa kanak-kanak itu sukar tidur pada waktu malam dan sering mengalami mimpi buruk tentang lelaki tersebut.



Hari ini (17 April), lelaki warga Singapura berusia 67 tahun itu, yang mengajar di sebuah sekolah swasta di sini, dipenjara 15 bulan.



Identiti lelaki itu tidak dapat didedahkan demi melindungi identiti kanak-kanak tersebut.



Mahkamah juga diberitahu bahawa lelaki itu melakukan kesalahan itu pada 13 Februari 2017, yang merupakan hari pertama dan satu-satunya hari dia mengajar mangsa.



Perbuatannya diketahui polis apabila murid darjah lima itu pulang ke rumah dan memberitahu kakaknya tentang apa yang berlaku.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >