SEORANG bekas guru tuisyen, yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun, dihukum penjara 12 bulan pada Khamis (26 Mei).
Liew Kin Wah, 46 tahun, bekerja di sebuah pusat tuisyen apabila dia melakukan tiga kesalahan penembusan seksual ke atas budak bawah umur itu dan satu perbuatan tidak senonoh dengan budak tersebut di rumahnya di Woodlands pada 27 Feb tahun lepas.
Dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan penembusan seksual, sementara tuduhan selebihnya diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.
Mahkamah diberitahu bahawa murid itu dan Liew, kini menganggur, berkenalan tahun lalu melalui aplikasi sembang 'Scruff'.
Mereka memutuskan bertemu pada 27 Februari di stesen MRT Woodlands selepas mangsa selesai sekolah.
Mereka pergi ke rumah Liew, di mana budak itu melakukan seks oral ke atas Liew, yang kemudian meliwatnya.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Chee Ee Ling berkata kejadian tersebut terbongkar apabila ibu budak itu mendapat tahu tentang kegiatan anaknya semasa memeriksa telefon bimbitnya.
Pada 20 Mei tahun lepas, beliau membawa anaknya membuat laporan polis. Budak itu berkata dia mengadakan hubungan seks dengan beberapa lelaki tidak dikenalinya sejak 2013.
Seorang konsultan kanan Institut Kesihatan Mental berkata budak itu tertarik secara seksual pada kedua-dua jantina, perempuan dan lelaki, apabila mencapai akil baligh.
Pada usia 13 tahun, dia mempunyai hubungan seks dengan seorang lelaki. Selepas mereka berpisah, dia terlibat dengan empat lelaki lain pada masa berlainan.
Doktor itu berasa budak tersebut keliru mengenai identiti seksualnya dan akan mendapat manfaat daripada kaunseling psikologi bagi memahami dirinya lebih baik dan mengambil langkah-langkah untuk menjadi mangsa serangan seksual lagi.
Liew mempunyai ijazah dalam mathematik dan pengurusan.