Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas juruteknik kejar impian lama khidmat dalam tentera

May 21, 2022 | 05:30 AM



SEBAIK sahaja tamat pengajiannya di Politeknik Temasek, Cik Noor Syarah Natasha Sadeli berjaya mendapatkan pekerjaan sepenuh masa di syarikat Rolls Royce sebagai seorang juruteknik.



Sebagai lulusan diploma baru ketika itu, beliau ghairah untuk memulakan kerjayanya dalam bidang kejuruteraan.



Malangnya, apabila Singapura dilanda wabak Covid-19, beliau telah diberhentikan kerja selepas sembilan bulan. Mencari pekerjaan baru ketika itu, anak muda itu teringat impiannya dahulu untuk berkhidmat untuk negara.



Memupuk semula impian tersebut, Cik Syarah, 25 tahun, telah memutuskan untuk mendaftarkan diri bersama Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) tahun lalu.



ME1 Syarah merupakan salah satu daripada 923 kadet SAF yang mendapat pentauliahan sebagai spesialis dan pakar tentera di Kem Pasir Laba baru-baru ini.



Mengulas tentang pilihannya berkhidmat untuk negara, Cik Syarah berkata beliau sebenarnya tergerak untuk melakukannya setelah tamat pengajian di peringkat Higher Nitec dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal.



"Saya memang dari dulu lagi mempunyai minat untuk berkhidmat untuk negara.



"Tetapi apabila saya beritahu ibu saya, beliau pada awalnya tidak pasti sekiranya saya dapat melalui latihan yang mencabar di SAF.



"Oleh itu, saya telah melanjutkan pelajaran saya di TP dahulu sebelum mencuba untuk mendapatkan restu ibu saya sekali lagi," kata lulusan TP dalam Diploma Mekatronik.



Tambah anak kedua daripada empat orang beradik itu, abangya yang merupakan seorang pegawai dalam Batalion ke-5, Rejimen Infantri Singapura turut menjadi inspirasi baginya untuk berkhidmat.



Mendapat restu orang tuanya Jun tahun lalu, Cik Syarah memilih untuk mendaftar bersama SAF sebagai jurutera tentera di Institut Latihan Logistik Tentera Darat (ALTI).



Sebagai pegawai jurutera tentera, Cik Syarah memainkan peranan penting dalam mengekalkan kenderaan bermotor dan memastikan ia diselenggara dengan baik mengikut keperluan operasi Tentera Darat.



Meskipun beliau satu-satunya kaum hawa dalam kumpulan ALTI tahun ini, ia tidak pernah menghalang Cik Syarah untuk menunjukkan prestasi yang terbaik.



"Pada awalnya saya sebenarnya gementar dan takut apabila saya mendapati bahawa saya berseorangan wanita dalam kumpulan ini.



"Tetapi lama kelamaan, dengan sokongan dan dorongan komander platun saya, yang juga merupakan seorang wanita serta rakan platun saya, mereka telah meningkatkan keyakinan saya untuk menunjukkan prestasi yang terbaik semasa latihan ini.



"Keyakinan ini juga telah memberi saya peluang untuk memegang beberapa jawatan pemimpin seperti 'learning platoon sergeant'," katanya yang diiktiraf sebagai penerima anugerah Bayonet Perak.



Ditanya mengenai perasaannya diberikan anugerah berprestij itu, beliau menekankan bahawa beliau mungkin tidak dapat melakukannya tanpa sokongan orang ramai.



"Abang saya pernah menerima Bayonet Perak juga sebenarnya.



"Jadi apabila saya melihatnya mencapai anugerah yang berprestij seperti itu, saya rasa yang saya juga dapat melakukannya," ketawanya.



Ketika ditemui Berita Harian, Cik Syarah turut berkata beliau berharap dapat menjadi inspirasi bagi wanita muda lain untuk mengorak langkah berkhidmat kepada negara.



"Setakat ini, pengalaman saya di SAF sangat bermakna.



"Ini adalah tempat di mana saya pelajari banyak tentang meningkatkan kemahiran diri serta pengetahuan saya mengenai pertahanan Singapura.



"Jadi saya galakkan mereka yang ingin cuba, cuba sahaja," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >