Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas jurutera dituduh terima rasuah lebih $200,000

Dec 16, 2015 | 03:26 PM



SEORANG bekas jurutera kemudahan di Institut Mikroelektronik (IME) didakwa di mahkamah pada Rabu (16 Dis) menerima rasuah sejumlah $202,430 daripada tiga orang.


Yu Jiarong dikenakan 17 tuduhan rasuah mendapatkan $195,430 daripada Encik Ang Yew Heng dan Encik Soh Kok Choy sebagai balasan bagi memajukan kepentingan perniagaan Techfield Engineering Services, Yield Engineering Solutions dan Techfield Solutions di IME, yang terletak di bawah Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star).


Warga Singapura berusia 37 tahun itu didakwa mengambil jumlah antara $2,250 hingga $49,700 di IME, Science Park Road, antara April 2012 dan November 2013.


Yu dikenakan tuduhan ke-18 mendapat $7,000 daripada Encik Soh, pemilik tiga syarikat itu, dan Encik Wang Shujun sebagai balasan bagi memajukan kepentingan perniagaan Contech Engineering di IME pada 13 Disember 2011.


Pihak pendakwaan memberitahu mahkamah lebih banyak tuduhan terhadap Yu belum selesai.


Yu meminta kes itu disegerakan kerana siasatan telah dijalankan selama dua tahun.


Kesnya ditetapkan untuk sebutan pada 30 Disember. Diikat jamin $200,000 dibenarkan.


Hukuman maksimum bagi rasuah ialah denda $100,000 and penjara lima tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >