Bekas jurutera DSTA dipenjara 22 minggu ambil video bawah skirt
Apr 04, 2019 | 05:30 AM
SEORANG bekas jurutera teknologi maklumat (IT) di Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) sedang membina kerjayanya apabila dia ditangkap mengambil video bawah skirt di tangga bergerak di stesen MRT.
Philson Nah Zheng Xiang, yang sedang menunggu masa mengikuti program sarjana di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) ketika itu, didapati menyasarkan lebih 50 wanita, lapor The Straits Times semalam.