Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Setempat

Bekas kakitangan Lapangan Terbang Changi didakwa terima rasuah lebih $200,000

Dec 23, 2019 | 02:09 PM

BEKAS kakitangan Lapangan Terbang Changi didakwa hari ini atas kesalahan menerima lebih $200,000 dari pengarah syarikat teknologi maklumat (IT).

James Lim Liong Ghee, 45 tahun, merupakan pengarah bersekutu di Lapangan Terbang Changi dan mantan pengurus IT di Dymon Asia Capital, syarikat dana terhad.

Dia didakwa menerima rasuah sehingga $215, 237 dari Ng Soon Weng, 45 tahun, pengarah syarikat IT First Tel Tech, yang turut didakwa hari ini.

Rasuah itu diterima dalam 98 kejadian, sebagai ganjaran memajukan minat perniagaan First Tel Tech dengan Lapangan Terbang Changi.

Menurut dokumen mahkamah, Lim disogok dalam beberapa kejadian dari tahun 2015 hingga 2017.

Di samping itu, Lim didakwa kerana bersubahat dengan Ng dan seorang lagi untuk memalsukan lima sebut harga (quotation) untuk menipu Lapangan Terbang Changi supaya memberikan kontrak kepada First Tel Tech.

Lim juga menghadapi tuduhan memalsukan 11 sebut harga dengan tujuan menipu Lapangan Terbang Changi untuk memberikan kontrak kepada syarikat tersebut.

 Kededua Lim dan Ng ditawarkan ikat jamin $50,000. Perbicaraan seterusnya akan berlangsung pada 20 Jan.