Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:54
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09

Bekas ketua protokol MFA mengaku bersalah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bekas ketua protokol MFA mengaku bersalah

Feb 17, 2014 | 01:31 PM

BEKAS ketua protokol Kementerian Ehwal Luar (MFA) yang terlibat dalam skandal penipuan kuih tart nanas, telah mengaku bersalah bagi 10 kesalahan menipu.

Lim Cheng Hoe, yang telah berkhidmat selama 38 tahun bersama perkhidmatan awam dan pernah menerima Pingat Pentadbiran Awam (Perak) pada 2009, sebelum ini menghadapi 60 tuduhan menipu Pemerintah dengan jumlah sekitar $89,000.

Namun, baki 50 tuduhan itu akan diambil dalam perkiraan semasa hukuman yang akan dijatuhkan Khamis ini.

Daripada 60 tuduhan itu, 56 melibatkan MFA manakala empat tuduhan lain membabitkan unit pemerintah lain yang mengendalikan tugas-tugas pembayaran balik (reimbursements).

Lim, 60 tahun, telah dituduh menyerahkan tuntutan perbelanjaan palsu antara Februari 2008 dengan Mei 2012.

Tuntutan tersebut melibatkan kos cenderamata kuih tart nanas dan wain, yang diberikan kepada tuan rumah-tuan rumah luar negara semasa mengadakan lawatan ke luar negara.

Lim, yang tugasnya digantung, merupakan ketua protokol MFA selama sedekad.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3