Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas naib presiden UOB didakwa salah guna wang tunai lebih $5 juta

Feb 20, 2021 | 05:30 AM



SEORANG bekas naib presiden UOB telah didakwa di mahkamah atas perbuatan menyalahgunakan wang tunai berjumlah lebih $5 juta.



Ling Shek Lun, kini 65 tahun, dituduh menyalahgunakan sejumlah hampir £2.9 juta ($5.4 juta) dan AS$14,010 ($18,600) dalam beberapa kejadian antara 2004 dan 2014, lapor The Straits Times.



Kertas mahkamah tidak menyatakan sumber wang tersebut.



Warga Singapura itu juga dituduh memindahkan lebih £1.8 juta daripada hasil penipuan yang disyaki itu kepada individu bernama Yong Ai Khim, yang butirannya tidak dinyatakan dalam dokumen mahkamah.



Ling, yang didakwa di mahkamah pada 10 Februari lalu, kini menghadapi dua tuduhan menipu, 11 tuduhan pecah amanah, 28 tuduhan pemalsuan untuk tujuan menipu, 54 tuduhan pemalsuan dan 47 tuduhan mengurus hasil daripada kegiatan jenayah yang disyaki itu.



Dia dikatakan melakukan kesalahan ini antara 2003 dan 2015.



Antara 2005 dan 2015, Ling didakwa menghasilkan dokumen palsu, termasuk beberapa penyata akaun simpanan tetap, untuk menipu seorang lelaki yang dikenali sebagai Kevin William Braddick.



Dia dituduh memperdaya Encik Braddick bahawa wangnya dimasukkan ke dalam "akaun penama khas" dengan UOB.



Akibatnya, Ling dikatakan telah mendapatkan Encik Braddick untuk menyerahkan lebih banyak dana. Jumlah keseluruhan yang terlibat tidak dinyatakan dalam dokumen mahkamah.



Secara berasingan, Ling juga dituduh menghasilkan dokumen palsu antara tahun 2008 dan 2015.



Ini termasuk beberapa penyata akaun simpanan tetap, kononnya dikeluarkan oleh bank.



Wang jaminannya ditetapkan pada $150,000 dan persidangan praperbicaraannya akan diadakan pada 11 Mac.



UOB berkata pihaknya telah memecat Ling dan membuat laporan polis terhadapnya.



Jurucakap bank itu menambah: "Di UOB, kami tidak mempunyai toleransi terhadap sebarang tingkah laku yang melanggar tatalaku kami berdasarkan budaya seluruh kumpulan yang komited untuk berlaku jujur dan adil.



"Kod tingkah laku UOB menetapkan prinsip tingkah laku peribadi dan profesional dan menghendaki semua pekerja agar mematuhi piawaian tertinggi."



Sekiranya disabitkan dengan kesalahan pecah amanah, Ling boleh dipenjara hingga 15 tahun dan didenda bagi setiap tuduhan.



Bagi setiap tuduhan pemalsuan dengan tujuan menipu, pesalah boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >