Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pegawai bank dipenjara kerana tolong tailong

Jan 04, 2016 | 03:24 PM



SEORANG bekas pegawai pematuhan United Overseas Bank (UOB) yang menjalankan carian tanpa kelulusan pada sistem komputer bank itu dipenjara 12 minggu pada Isnin (4 Jan).


Koh Chee Tong, 30 tahun, melakukan kesalahan itu untuk memberi nombor telefon pelanggan kepada pemiutang tidak berlesen.


Dia mengaku bersalah bagi empat pertuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Keselamatan Siber pada November lalu.


Koh juga mengaku melakukan 20 lagi kesalahan sama, yang diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.


Mahkamah diberitahu bahawa Koh menanggung hutang judi $16,000 dan berpaling pada tailong apabila dia menghadapi kesukaran membayar hutangnya.


Seorang tailong yang hanya dikenali sebagai 'Ah King' bersetuju melanjutkan tempoh pembayaran balik serta mengurangkan faedah yang perlu dibayar jika Koh memberinya nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit orang yang berpotensi menjadi penghutang.


Ah King mahu menggunakan maklumat tersebut untuk mengembangkan pangkalan pelanggannya.


Pada 30 Oktober 2013, Koh mengunakan nombor pengenalan kakitangannya dan kata laluan untuk mengakses sistem komputer UOB.


Dia menulis nama beberapa pemegang akaun. Dua hari kemudian, dia melakukan kesalahan itu lagi.


Beberapa pelanggan UOB kemudian mendapat panggilan telefon gangguan dan mesej teks daripada nombor tidak dikenali, dan sekurang-kurangnya dua laporan polis dibuat.


Koh kini menjadi pengawal keselamatan bersama Certis Cisco.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >