Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

Bekas pegawai LTA didakwa atas kesalahan OSA

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bekas pegawai LTA didakwa atas kesalahan OSA

Dec 08, 2021 | 05:30 AM

BEKAS pegawai Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dihadapkan di mahkamah semalam atas dakwaan menyimpan dokumen berkaitan kerja dalam komputer riba peribadinya selepas meninggalkan pertubuhan itu.

Benny Tan Yong Liang (gambar), 34 tahun, yang sebelum ini bekerja sebagai penolong pengurus sekitaran di LTA, didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Dia dituduh menyimpan dokumen-dokumen itu antara 20 November tahun lalu dengan 8 Mac, meskipun tidak mempunyai hak untuk melakukan demikian.

Dokumen mahkamah tidak memberikan sebarang butiran mengenai dokumen kerja yang disimpan dan tidak memberikan tarikh dia meninggalkan LTA.

Kes yang melibatkan warga Singapura itu ditangguh hingga 4 Januari tahun depan.

Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara hingga enam bulan dan disaman hingga $1,000.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3