Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pegawai operasi rumah peralihan Jamiyah hadapi tuduhan rasuah

Feb 22, 2022 | 04:25 PM



SEORANG lelaki berusia 52 tahun telah didakwa di mahkamah kerana mengambil rasuah, kata Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam satu kenyataan.



Antara April dan Julai 2020, Ismadi Ishak dikatakan mengambil rasuah berjumlah $650 daripada dua penghuni Rumah Peralihan Darul Islah Jamiyah, sebagai pendorong supaya dia tidak menunjukkan tidak suka terhadap mereka dalam pengawasannya di rumah peralihan itu.



Ismadi, yang menjadi pegawai operasi di Darul Islah ketika itu, menghadapi empat tuduhan rasuah berkaitan kejadian tersebut.



Antara Oktober 2020 dan Mac 2021 pula, Ismadi dikatakan mengambil rasuah berjumlah $1,200 daripada salah sseorang daripada dua penghuni itu dengan alasan sama sekiranya penghuni itu kembali menghuni di rumah peralihan tersebut.



Bagi perbuatannya itu, dia berdepan lima lagi pertuduhan rasuah. 



Berita Harian melaporkan sebelum ini bahawa Ismadi pernah ditempatkan di rumah peralihan itu bagi kesalahan dadah, sebelum bekerja di situ sebagai pegawai operasi.



Selaku pegawai operasi di situ dulu, Ismadi antara lain membimbing pesalah lain dan terlibat dalam memberi ceramah bagi Pendidikan Pencegahan Dadah (PDE) di bawah Biro Narkotik Pusat (CNB).



Singapura mengamalkan pendekatan tidak bertolak ansur terhadap rasuah, ujar CPIB.



Jika didapati bersalah, pesalah boleh dihukum penjara hingga lima tahun dan denda hingga $100,000.



CPIB mengatakan ia meneliti semua aduan dan laporan berkaitan rasuah, termasuk yang pelapornya tidak dikenali.



Orang ramai boleh melaporkan maklumat mengenai rasuah kepada CPIB di laman web www.cpib.gov.sg/e-services/e-complaint-for-corrupt-conduct atau dengan menghubungi talian 1800-376-0000.



Laporan boleh juga diberi melalui e-mel ke report@cpib.gov.sg atau surat aduan ke Ibu Pejabat CPIB di 2 Lengkok Bahru, Singapore 159047.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >