SEORANG lelaki berusia 52 tahun telah didakwa di mahkamah kerana mengambil rasuah, kata Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam satu kenyataan semalam.
Antara April dan Julai 2020, Ismadi Ishak dikatakan mengambil rasuah berjumlah $650 daripada dua penghuni Rumah Peralihan Darul Islah Jamiyah, sebagai pendorong supaya dia tidak menunjukkan tidak suka terhadap mereka dalam pengawasannya di rumah peralihan itu.
Ismadi, yang menjadi pegawai operasi di Darul Islah ketika itu, menghadapi empat tuduhan rasuah berkaitan kejadian tersebut.
Antara Oktober 2020 dan Mac 2021 pula, Ismadi dikatakan mengambil rasuah berjumlah $1,200 daripada salah seorang daripada dua penghuni itu dengan alasan sama sekiranya penghuni itu kembali menghuni di rumah peralihan tersebut.
Bagi perbuatannya itu, dia berdepan lima lagi pertuduhan rasuah.
Berita Harian melaporkan sebelum ini bahawa Ismadi pernah ditempatkan di rumah peralihan itu bagi kesalahan dadah, sebelum bekerja di situ sebagai pegawai operasi.
Selaku pegawai operasi di situ dulu, Ismadi antara lain membimbing pesalah lain dan terlibat dalam memberi ceramah bagi Pendidikan Pencegahan Dadah (PDE) di bawah Biro Narkotik Pusat (CNB).
Sebelum menubuhkan restoran stik, ASAP & Co. pada 2020, Encik Isrudy Shaik, menceburi bidang seni sebagai penyelaras di galeri pameran.
Setelah berkecimpung di dalam bidang itu selama 11 tahun, Encik
Hanya dengan menonton iklan Hari Raya Petronas dari seberang Tambak yang panjangnya tidak sampai lima minit, saya boleh langsung ‘banjir’ tanpa henti.
Air mata yang mencurah-curah dek pesanan tentang
Perwatakan sebuah kawasan kejiranan ditakrifkan oleh ruangnya, kegiatan yang dilakukan di ruang tersebut dan penduduk yang tinggal, kerja dan main di setiap kejiranan.
Lembaga Warisan Negara (NHB)
Meskipun baru enam bulan ditubuhkan sejak Oktober 2023, band Singapura, ORA, sudah menetapkan matlamat ingin menembusi pasaran antarabangsa dengan menjalankan persembahan atau ‘gig’ jelajah ke enam
NEW YORK: Khidmat teksi robot, atau kenderaan tanpa pemandu yang boleh membawa penumpang dari satu tempat ke satu tempat, telah mendapat sorotan negatif dek berlaku beberapa pelanggaran di jalan raya
Lagu Lebaran yang dicipta bukan setakat merakam dan menyebarkan keceriaan menyambut 1 Syawal yang mulia.
Buat penyanyi dan komposer Singapura, Rudy Djoe, sesebuah lagu Hari Raya tetap boleh memainkan
Dalam kehidupan yang dipenuhi dengan pelbagai tanggungjawab, ibu bapa dan penjaga sering terjerat dalam kesibukan sehingga mudah mengabaikan kesan penting tabiat harian kanak-kanak.
Namun begitu, satu
Walaupun beliau sudah lama mengumumkan pengundurannya daripada dunia seni hiburan, pelakon, penyanyi dan peragawati, Noorkumalasari, yang popular pada era 1980-an tetap masih mendapat perhatian
Di jalanan yang sibuk di Jakarta, mata penyanyi Eka Mairina mencari-cari gelandangan yang menumpang teduh di tepi jalan, di bawah jambatan dan ceruk-ceruk lorong.
Sambil memandu keretanya yang sarat
Kalau sentuh bab Raya, kanak-kanaklah golongan yang paling teruja menyambutnya.
Manakan tidak, Hari Raya adalah masa untuk mereka ‘berasa’ mempunyai wang yang banyak dalam genggaman.
Pasti sebagai ibu

Singapura mengamalkan pendekatan tidak bertolak ansur terhadap rasuah, ujar CPIB.
Jika didapati bersalah, pesalah boleh dihukum penjara hingga lima tahun dan denda hingga $100,000.
CPIB mengatakan ia meneliti semua aduan dan laporan berkaitan rasuah, termasuk yang pelapornya tidak dikenali.
Orang ramai boleh melaporkan maklumat mengenai rasuah kepada CPIB di laman web www.cpib.gov.sg/e-services/e-complaint-for-corrupt-conduct atau dengan menghubungi talian 1800-376-0000.
Laporan boleh juga diberi melalui e-mel ke report@cpib.gov.sg atau surat aduan ke Ibu Pejabat CPIB di 2 Lengkok Bahru, Singapore 159047.