Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pegawai polis yang dihukum dalam kes bunuh 2 beranak di Kovan gagal dalam rayuan agar peguambelanya disiasat kerana salah laku disiplin

Jul 05, 2021 | 08:14 PM



BEKAS pegawai polis yang dihukum mati bagi pembunuhan seganda Kovan pada 2013 gagal meyakinkan Mahkamah Rayuan pada Isnin (5 Julai) bahawa pasukan peguam belanya harus disiasat kerana salah laku.



Iskandar Rahmat, 42 tahun, telah membuat laporan pada 2018 terhadap enam peguam yang membelanya dalam perbicaraan kes tersebut.



Dia mendakawa mereka gagal memberikannya set penuh gambar lokasi jenayah, gagal menghubungi anggota keluarganya untuk memberi keterangan bahawa dia bukan orang yang ganas serta gagal melaksanakan perintah yang terkandung dalam nota bertulis.



Pada Isnin, tiga hakim menolak dakwaannya dengan mengatakan tiada asas buat rayuannya itu. 



Ketua Hakim Sundaresh Menon menambah sebab-sebab bertulis mengapa mahkamah mengambil keputusan menolak rayuan Iskandar akan disiapkan tidak lama lagi.



Sewaktu perbicaraan, Ketua Hakim memberitahu peguam Iskandar, Encik M. Ravi, bahawa kecuaian mungkin membawa pada tanggungan sivil tetapi tidak mungkin membawa pada salah laku profesional.



Iskandar berdepan dengan situasi kepastian muflis pada 2013 apabila dia membuat perancangan mencuri daripada pemilik bengkel kereta berusia 67 tahun. Dia tahu lelaki itu menyimpan jumlah wan tunai yang banyak dalam kotak simpanan wang daripada laporan polis yang orang tua itu buat.



Pada 10 Julai tahun itu, Iskandar mendesak mangsanya agar mengeluarkan wang daripada kotak simpanan itu agar kamera dapat diletakkan ke dalamnya.



Dia kemudian mengiringi mangsa ke rumahnya di Hillside Drive di Kovan di mana mangsa ditikam sebanyak 27 kali.



Apabila anak mangsa yang berusia 42 tahun memasuki rumah itu, Iskandar menikam lelaki itu juga.



Iskandar kemudian mengheret anak lelaki mangsa di bawah keretanya sejauh 1 kilometer sambil membiarkan titisan darah di jalanan sedang orang ramai memandang dengan rasa terkejut.



Pada 2015, Iskandar didapati bersalah melakukan dua pembunuhan selepas satu perbicaraan. Dia diwakili kumpulan peguam berbeza sewaktu rayuannya pada 2016 di atas kesalahan tersebut dengan rayuannya ditolak pada 2017.



Pada 2018 pula, dia membuat aduan kepada Persatuan Undang-Undang bagi menentang pasukan peguambelanya.



Jawatankuasa pertanyaan seramai empat orang yang setelah berbual dengan Iskandar di penjara dan mendapatkan keterangan lanjut dari peguam, mengambil keputusan bahawa siasatan formal tidak diperlukan.



Pada Jun 2019, Iskandar meminta Mahkamah Tinggi agar mengarah Persatuan Undang-Undang untuk memulakan proses melantik tribunal disiplin bagi menyiasat aduannya. 



Mahkamah Tinggi mendapati siasatan tidak diperlukan dan menolak permohonannya pada Oktober 2019.



Iskandar kemudian merayu bagi menentang keputusan ini.



Persatuan Undang-Undang cuba menolak rayuannya tetapi Mahkamah Tinggi pada Januari menegaskan bahawa mereka yang membuat rayuan dan mengemukakan kes mengenai salah laku disiplin peguam berhak memohon hingga ke peringkat tertinggi mahkamah di sini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >