SEMASA stigma dan stereotaip negatif terhadap pesalah dadah memuncak pada awal 1980-an, Encik Masadi Masdawi, mengilhamkan inisiatif untuk memulihkan imej penagih itu.
Setelah bekerja sekian lama di pusat-pusat pemulihan dadah, beliau dapat melihat bahawa penagih juga merupakan manusia biasa, yang tidak lepas membuat kesilapan dan wajar diberi peluang kedua.