Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pegawai VSC dijel 5 tahun kerana cabul remaja lelaki terencat akal

May 25, 2016 | 02:27 PM



SEORANG bekas pegawai Konstabel Khas Sukarela (VSC), yang menyalah guna kedudukannya dengan mencabul seorang remaja terencat akal, dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada Rabu (25 Mei).



Koon Kok Wai, 53 tahun, yang menghadapi tiga pertuduhan, mengaku menyentuh remaja lelaki tersebut, yang berusia 17 ketika itu, di sebuah tandas pada 12 Jun 2014, dan melakukan seks oral ke atasnya pada pertengahan bulan itu.



Koon sarjan VSC apabila dia mengenali mangsa itu, yang juga autistik.



Dia dan pasangannya menangani kes melibatkan remaja tersebut pada 29 Mei tahun itu dan mendapat butiran peribadi serta nombor telefon bimbitnya.



Koon juga tahu intelek mangsa rendah.



Beberapa hari kemudian, dia mula berkawan dengan remaja itu dengan menghubungi dan bertemunya beberapa kali, di bloknya dan kelab masyarakat berdekatan.



Pada 12 Jun, dia memberitahu remaja itu supaya bertemunya di sebuah kompleks renang dan dia mencabul remaja itu dalam kubikel tandas di situ.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Lin Ying Bing berkata mangsa tidak suka Koon menyentuhnya.



Pada pertengahan Jun, remaja itu berada sendirian di rumah apabila Koon menziarahinya.



Dia menyuruh remaja itu pergi ke bilik tidur dan dia kemudian menderanya secara seksual. Koon memberitahunya supaya jangan memberitahu ibunya.



Mahkamah diberitahu bahawa remaja itu kemudian memberitahu ibunya bahawa Koon "gila" dan berkelakuan tidak senonoh terhadapnya.



Koon diizin menangguhkan hukuman hingga 1 Jun untuk mempercepat satu kajian perubatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >