Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pegawai waran SAF tubuh syarikat pelancongan

May 10, 2019 | 05:30 AM



BIARPUN tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan, Encik Zulkifli Sahamabi, 58 tahun, mengambil langkah berani dengan menubuhkan sebuah agensi pelancongan di kawasan Woodlands tiga tahun lalu.



Menamakan agensi pelancongannya Zuma Travel, ia bermula dengan menawarkan pakej umrah pada 2016 lalu berkembang kepada pakej kembara ke Malaysia, Indonesia termasuk Istanbul dan Uzbekistan.



Pada setiap bulan pasti ada sekurang-kurangnya satu rombongan jemaah yang menunaikan ibadah umrah.



Pakej umrah utama yang ditawarkan adalah selama tempoh 12 hari dengan penerbangan langsung menerusi pesawat Saudi Airlines.



Agensi pelancongan itu turut menyediakan khidmat akikah dan ibadah korban.



Tahun ini, Zuma Travel buat julung-julung kalinya diluluskan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sebagai ejen penjualan (GSA) bagi menawarkan pakej haji.



Urus niaga dalam bidang pelancongan itu merupakan impian menjadi nyata bagi pengarah Zuma Travel, Encik Zulkifli yang dahulu berkhidmat dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) selama 39 tahun, dari 1979 dan bersara pada 2018.



Menurut beliau, hatinya tergerak hendak menubuhkan sebuah agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah selepas beliau dan isteri menunaikan ibadah haji pada 2006 bersama.



"Yang saya fikirkan masa itu, jika saya ada agensi pelancongan sendiri, saya boleh selalu ke Makkah dan Madinah untuk menunaikan ibadah umrah dan haji," ujar Encik Zulkifli, 58 tahun.



Namun, beliau mendapat tahu kos membuka sebuah agensi pelancongan ialah sekitar $100,000 - modal yang agak besar.



"Saya tidak cukup modal ketika itu dan simpan niat saya untuk membuka sebuah agensi pelancongan dulu. Lagipun, saya masih bekerja dengan SAF.



"Ada teman yang hendak berkongsi tetapi saya fikir lebih baik saya jalankan perniagaan ini sendiri apabila saya sudah bersedia," kata Encik Zulkifli, yang memegang pangkat pegawai waran semasa bersama SAF.



Semasa bertugas dengan SAF dulu, Encik Zulkifli berpeluang ke luar negara seperti Brunei, Taiwan dan New Zealand.



Pada masa yang sama, beliau juga seorang jurulatih, yang mengajar askar termasuk mereka yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



Hanya pada 2016 apabila beliau lebih bersedia dari segi kewangan, Encik Zulkifli mengambil keputusan menubuhkan agensi pelancongan yang beliau impikan.



Memandangkan beliau tidak mempunyai sembarang pengalaman dalam bidang perniagaan apatah lagi dalam bidang pengurusan agensi pelancongan, Encik Zulkifli banyak belajar sendiri dalam selok-belok perniagaan tersebut.



"Saya hantar e-mel kepada syarikat penerbangan dan kunjungi kedutaan untuk mendapatkan maklumat. Saya juga tanya sana sini semasa berada di Makkah dan Madinah.



"Isteri saya, seorang ejen hartanah bersama ERA Realty Pte Ltd selama 20 tahun pula mengambil kursus dalam jurusan pelancongan dan pengurusan di bawah skim SkillsFuture dan kami sama-sama menubuhkan agensi pelancongan Zuma Travel dengan bantuan adik saya," singkap Encik Zulkifli.



Isteri beliau, Cik Galoh Saemah Abdullah, 55 tahun, juga pengarah Zuma Travel.



Pasangan itu mempunyai empat anak lelaki berusia antara 20 dengan 31 tahun.



Anak ketiga mereka, Encik Saiful Azhar Zulkifli, 25 tahun, dan bakal menantu mereka, Amiratul 'Afifah Amran kini turut bekerja di agensi pelancongan tersebut.



Kini, agensi pelancongannya mempunyai enam kakitangan sepenuh masa dan 10 pegawai pelancongan bebas.



Ustaz eksekutif bagi Zuma Travel adalah Ustaz Hasby Ahmad.



Menyentuh mengapa kawasan Woodlands menjadi pilihan untuk membuka pejabatnya, Encik Zulkifli berkata ini kerana beliau mendapati tiada agensi pelancongan Melayu di sana.



Kawasan Woodlands juga merupakan tempat di mana beliau membesar, di kawasan perkampungan di Hock Choon Road, di sebelah Masjid An-Nur.



"Saya fikir kalau saya tidak berjaya menarik pelanggan di kawasan Woodlands, saya akan berpindah. Tetapi sejauh ini, sambutannya amat menggalakkan," kata Encik Zulkifli.




"Isteri saya, seorang ejen hartanah bersama ERA Realty Pte Ltd selama 20 tahun pula mengambil kursus dalam jurusan pelancongan dan pengurusan di bawah skim SkillsFuture..."
- Encik Zulkifli Sahamabi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >