Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pekerja agensi pemerintah didakwa cabul kehormatan

Feb 10, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki didakwa mencabul kehormatan seorang wanita dalam dua kejadian berbeza di tempat kerjanya ketika sedang bekerja untuk sebuah agensi pemerintah yang beroperasi di pintu masuk dan keluar sempadan Singapura.



Warga Singapura berusia 36 tahun itu kini menghadapi tuduhan gangguan dan dua tuduhan mencabul.



Lelaki itu tidak dapat dinamakan atas arahan mahkamah bagi melindungi identiti mangsa yang didakwa.



Butiran mengenai agensi itu juga telah disunting daripada dokumen mahkamah.



Dalam satu kenyataan kepada The Straits Times semalam, agensi pemerintah itu berkata lelaki berkenaan tidak lagi bertugas di sana sejak 1 Februari tahun lalu.



Jurucakapnya berkata bahawa agensi itu "menetapkan pendekatan sifar toleransi" menentang sebarang gangguan dan tingkah laku yang tidak wajar oleh kakitangannya dan memandang serius terhadap dakwaan salah laku.



Jurucakap itu menambah: "Kami komited untuk menjaga profesionalisme dan disiplin dalam (agensi) dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai yang didapati terlibat dalam salah laku.



"Kami tidak akan dapat mengulas lanjut mengenai kes ini kerana kes kini sedang dihadapkan di mahkamah."



Menurut dokumen mahkamah, lelaki tersebut dikatakan menghantar beberapa mesej lucah kepada wanita berusia 21 tahun itu melalui aplikasi menghantar mesej WhatsApp antara Mac dengan Disember 2020.



Dia juga dituduh mencabul wanita itu pada dua kejadian berbeza pada 30 Disember tahun yang sama.



Dokumen mahkamah tidak mendedahkan kaitan lelaki dan wanita yang terlibat dan kesnya telah ditangguhkan kepada 21 Februari.



Bagi setiap tuduhan mencabul, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda atau dirotan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >