Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Bekas pekerja kedua Shell mengaku salah curi minyak lebih $200j

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bekas pekerja kedua Shell mengaku salah curi minyak lebih $200j

Jan 06, 2021 | 06:15 PM

BEKAS pekerja kedua Shell Eastern Petroleum yang dikaitkan dengan kes melibatkan kecurian lebih 300,000 tan minyak gas telah mengaku peranannya dalam kesalahan tersebut pada Rabu (6 Jan).

Minyak gas itu bernilai lebih $200 juta dan merupakan kes curi terbesar di Singapura, lapor akhbar The Straits Times (ST).

Muhammad Ashraf Hamzah, bekas pemeriksa keselamatan gas firma berkenaan, telah bekerjasama dengan rakan sekerjanya untuk mencuri 55.321 tan minyak gas bernilai hampir AS$25 juta ($33 juta) antara 2014 dengan 2016. 

Dia tidak memulangkan gas tersebut kepada Shell.

Ashraf didapati menerima keuntungan sekurang-kurangnya $700,000 atas penglibatannya dalam pakatan sulit itu.

Warga Singapura berusia 39 tahun itu mengaku bersalah di Mahkamah Daerah pada Rabu atas sembilan tuduhan kesalahan pecah amanah melibatkan minyak gas bernilai lebih AS$18 juta ($23.7 juta).

Lagi sembilan dakwaan berkaitan baki jumlah itu akan dipertimbangkan semasa penghukuman.

Ashraf juga mengaku salah atas satu tuduhan menggunakan sebahagian daripada keuntungan haram yang diterimanya itu dengan membeli sebuah kereta Volvo bernilai sekitar $200,000 pada 2017.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3