Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pekerja sosial perubatan dipenjara 8 bulan dek salahguna lebih $50,000 milik warga tua

Sep 24, 2019 | 06:15 PM



SEORANG bekas pekerja sosial perubatan, yang mencuri lebih $47,000 daripada akaun bank dua penduduk rumah penjagaan warga tua, juga mengakui telah menyalahgunakan lagi $4,200 daripada tujuh lagi warga emas.



Joney Song Siang Siang, 38 tahun, mengaku bersalah pada Selasa (24 September) atas satu tuduhan pecah amanah. Sebelum ini, dia mengakui bersalah atas dua tuduhan serupa pada Mei.



Song, yang bekerja di rumah tumpangan warga emas Grace Lodge di Compassvale Walk dari 1 Jun hingga 11 Ogos 2017, dijatuhi hukuman penjara lapan bulan atas tiga kesalahan tersebut.



Sebagai sebahagian daripada tugasnya, Song perlu membuka surat dan memfailkan cek yang dihantar oleh Tabung Simpanan Pekerja (CPF), di bawah Skim Sokongan Warga Emas atau Silver Support Scheme, kepada rumah tersebut, dan kemudian memfailkan cek tersebut kepada akaun penghuni rumah itu.



Inisiatif itu menyediakan bantuan persaraan kepada golongan yang berpendapatan rendah bagi sepanjang hidup mereka.



Pada Julai 2017, Song diamanahkan dengan tujuh cek bernilai $600 setiap satu.



Selepas memperoleh kelulusan daripada pengarah rumah itu untuk memfailkan cek bagi pihak penghuni rumah tersebut, Song membuat keputusan menyimpan wang itu untuk dirinya sendiri, sebelum meletak jawatan pada 11 Ogos 2017.



Mahkamah dimaklumkan pada Selasa bahawa Song telah membayar balik kesemua wang yang diambilnya kepada pemilik asal.



Bagi setiap tuduhan pecah amanah, Song boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >