Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pekerja TTSH dipenjara 4 bulan kerana keluarkan wang yang silap dikredit dalam bank

Jan 27, 2021 | 05:48 PM



SEORANG wanita yang mengeluarkan wang tunai yang tersilap dimasukkan bekas majikannya, Hospital Tan Tock Seng (TTSH), ke dalam akaun banknya sebagai pendapatan, telah dihukum penjara empat bulan pada Rabu (27 Januari).



Akhbar The Straits Times melaporkan, dalam satu perbicaraan mahkamah, TTSH dikatakan telah membayar gaji bulanan Nurul Atiqah Kamsari, 25 tahun, secara berterusan selama lebih setahun lamanya - dengan jumlah keseluruhan mencecah lebih $32,000 - walaupun dia tidak lagi bekerja di hospital itu. Ini adalah kerana sistem pembayaran gaji hospital itu tidak dikemaskinikan.



Bekas penolong jagaan kesihatan berkerakyatan Singapura itu tahu dia tidak sepatutnya menerima wang tersebut tetapi tidak memberitahu TTSH mengenai kesilapan tersebut. Sebaliknya, dia menggunakan wang tunai itu bagi keperluan peribadinya.



Pada Disember tahun lalu, dia mengaku bersalah di atas satu kesalahan secara tidak jujur menyembunyikan hak milik bernilai lebih $22,000. Dia juga mengaku di atas kesalahan menipu.



Satu lagi kesalahan tidak jujur menyembunyikan hak milik yang berkaitan dengan baki jumlah pendapatan yang tersilap dimasukkan serta kesalahan kedua menipu dipertimbangkan sewaktu hukuman dijatuhkan.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Emily Koh awal sebelum ini menyatakan TTSH mengambil Nurul sebagai penolong jagaan kesihatan pada 20 Mac 2017, dengan gaji $1,630 sebulan.



Nurul, bagaimanapun, gagal untuk melaporkan diri ke hospital itu pada 16 dan 17 Ogos 2018. Beliau juga tidak memberitahu rakan sekerja dan penyelianya tentang sebab tidak hadir lagi ke hospital. Tiada cuti yang diluluskan penyelianya juga.



DPP Koh memberitahu mahkamah:



"Menurut undang-undang dan ketetapan pekerjaan yang tertuduh bersama TTSH, dia didapati menamatkan khidmatnya secara sukarela...dengan tidak melaporkan diri (untuk kerja) bagi lebih dua hari berturut-turut tanpa memberitahu penyelianya."



Walaupun hari terakhir Nurul bekerja di situ adalah 17 Ogos 2018, butir-butir peribadinya kekal dalam sistem sumber insan hospital itu.



Kerana itu, nombor akaun banknya juga kekal dalam sistem bayaran gaji hospital berkenaan. Lantaran itu, Nurul tetap menerima gaji bulanan daripada TTSH antara Ogos 2018 dengan Disember 2019 walaupun dia tidak lagi bertugas di situ.



Beliau mengeluarkan lebih $22,000 wang tunai antara Januari dengan Disember 2019.



Secara berasingan, Nurul berkunjung ke Hospital Khoo Teck Puat bagi satu sesi rujukan doktor pada 10 Oktober 2019. Dia membohongi kakitangan hospital itu dengan menyatakan dia bertugas di TTSH lantas berhak menerima faedah perubatan buat kakitangan hospital.



Secara manual, kakitangan berkenaan melampirkan bil hospitalnya pada skim faedah perubatan TTSH. Nurul juga meninggalkan hospital itu tanpa melunaskan bilnya.



"Dengan tindakan menipu sebegitu, yang tertuduh secara sengaja menipu (kakitangan Hospital Khoo Teck Puat itu) agar memasukkan bil perubatan $29.60 itu kepada faedah perubatan TTSH."



Kesalahan Nurul itu hanya diketahui selepas eksekutif kanan TTSH memberitahu polis pada Januari tahun lalu.



Di atas kesalahan menyorok hak milik, seorang individu boleh dipenjara selama tiga tahun dan didenda.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >