Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pelajar ITE mengaku main peranan dalam serangan pisau rakan sekolah di kampus

Oct 25, 2021 | 04:59 PM



SEORANG pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur telah membawa pisau roti ke sekolah pada Februari dengan salah seorang temannya kemudian menggunakan pisau itu bagi mengelar pelajar lain di kampus.



Remaja 18 tahun itu mengaku salah di mahkamah daerah pada Isnin (25 Oktober) kerana membantu temannya, kini 19 tahun, dalam serangan itu.



Akhbar The Straits Times diberitahu kedua-dua remaja itu kini bukan pelajar ITE dengan kes melibatkan remaja 19 tahun itu, Palanidas Ramadas, menanti untuk dibicarakan.



Pelajar 18 tahun itu mengaku bersalah di atas satu kesalahan yang tiada kena mengena iaitu menjadi sebahagian jenayah percubaan merompak pada Oktober 2019.



Dia tidak boleh dinamakan di bawah Akta Kanak-Kanak dan Belia kerana dia berusia 17 tahun pada ketika percubaan rompakan itu berlaku.



Mahkamah diberitahu Palanidas menghubungi remaja itu pada 15 Februari bagi memberitahunya agar membawa pisau roti itu ke sekolah kerana salah seorang temannya mempunyai masalah. Belia itu mengambil pisau itu ke sekolah keesokan harinya.



Palanidas dan mangsa berusia 20 tahun itu kemudian terpandang satu sama lain di kantin tetapi tidak berbual.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Lim Shin Hui berkata Palanidas kemudian memberitahu yang tertuduh dia tidak lagi memerlukan pisau roti itu kerana temannya sudah menghuraikan masalah yang dihadapi.



Namun dia memberitahu remaja itu dia mempunyai masalah dengan si mangsa. Palanidas kemudian bertanya kepada mangsa jika boleh bertemunya di tempat meletak kereta di besmen sekolah mereka untuk berbincang. Mangsa bersetuju.



Dalam perjalanan ke tempat meletak kereta, si pesalah dikatakan telah memberi Palanidas pisau itu.



DPP Lim berkata: "Apabila kumpulan itu sampai di tempat meletak kereta sekitar 12.07 tengah hari, Palanidas telah mendekati mangsa sambil memegang pisau roti itu. Dia kemudian menghayun pisau berkenaan ke arah mangsa dan menikamnya berkali-kali.



"Mangsa kemudian dapat larikan diri daripada perkarangan ITE dan pulang ke rumah, di mana dia memberitahu bapanya dia telah diserang dan mendapatkan rawatan di Hospital Besar Changi."



Dia dikatakan mempunyai kecederaan termasuk luka di bahu kiri dan telinga kiri.



Remaja 18 tahun ini juga terlibat dalam percubaan merompak pada Oktober 2019 sebagai sebahagian kumpulan yang cuba merompak sebanyak $20,000 berupa wang tunai daripada Encik Jaston Tan, 28 tahun,



Mahkamah diberitahu lelaki yang dikenal pasti sebagai Aaron Lim Jun Ying, 26 tahun, yang ketika itu berhutang telah mendapatkan khidmat Chen Yongxian, 26 tahun, bagi menyerahkan wang itu kepada Encik Tan.



Sebagai sebahagian rancangan berkenaan, sekumpulan lelaki termasuk remaja itu kemudian merompak Encik Tan bagi mendapatkan semula wang itu.



DPP berkata salah seorang lelaki itu juga akan secara olok-olok memukul Chen bagi menunjukkan sekaan-akan dia juga seorang mangsa.



Mereka meneruskan rancangan itu di Pasir Ris pada 16 Oktober 2019 tetapi gagal mendapatkan beg mengandungi wang tunai tersebut kerana Encik Tan enggan melepaskannya. Mereka pulang dengan tangan kosong selepas seorang saksi memekik ke arah mereka.



Wanita itu kemudian menghubungi polis dan pesalah itu kemudian diberkas tidak lama selepas itu.



Dokumen mahkamah tidak menyebut tentang kesudahan kes melibatkan Lim dan Chen.



Pada Isnin, DPP Lim menggesa Hakim Daerah May Mesenas meminta laporan bagi menilai kesesuaian remaja itu bagi latihan pemulihan sambil menekankan dia melakukan kesalahan serius.



Di bawah latihan itu, pesalah akan ditahan di pusat pemulihan dan diminta mengikuti rejim tegas termasuk berbaris dan kaunseling.



Peguam bela, Josephus Tan, bagaimanapun, memohon hakim agar mendapatkan laporan penilaian bagi anak guamnya diberi probesen.



Peguam dari Invictus Law Corporation itu berkata: "Dia telah memutuskan hubungan dengan rakan-rakan negatifnya yang terlibat sama dalam jenayah berkenaan."



Hakim Mesenas meminta kedua-dua laporan disiapkan dengan remaja itu akan dihukum pada November.



Kerana menjadi sebahagian daripada jenayah menyerang dengan pisau, seorang pesalah boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan didenda atau dirotan.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >