Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pelajar Normal raih kepujian tertinggi NUS

Jul 11, 2019 | 05:30 AM



APABILA mendapat keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendahnya (PSLE) pada 2005, Encik Muhammad Firdaus Md Hair, 25 tahun, hanya mampu meraih agregat 171 mata sahaja.



"Saya masih belum faham tentang kepentingan pendidikan. Lagipun saya tidak mempunyai contoh atau motivasi untuk meraih kecemerlangan," kongsi anak bongsu dua beradik ini yang menuntut di Sekolah Rendah Bukit Timah ketika itu.



Tetapi semasa di sekolah menengah, berkat kata-kata perangsang daripada guru-guru di Sekolah Menengah Hillgrove, pelajar yang pada awalnya kurang berkeyakinan diri ini bangkit untuk mencapai kecemerlangan kerana sungguh-sungguh mahu mengikuti kursus sains politik di Universiti Nasional Singapura (NUS).



"Saya memang minat sejarah, politik dan sains sosial sejak di menengah satu. Ekoran demikian, ramai guru yang mendorong saya untuk belajar bersungguh-sungguh agar saya boleh mengikuti kursus tersebut di universiti kelak," katanya



Meski harus melalui lima tahun di sekolah menengah, Encik Firdaus masih mampu meraih 12 mata semasa peperiksaan GCE peringkat O.



Di Maktab Rendah Pioneer pula, beliau pernah putus asa sehingga menandatangani borang untuk mengundurkan diri daripada pengajian dua tahun itu, tanpa pengetahuan ibu bapanya.



Tetapi apabila bapanya, Encik Md Hair Salim, 65 tahun, yang bekerja sebagai pegawai penganjur di kesatuan sekerja mengetahui tentang keputusannya, tanpa disangka, beliau menerima kehadiran seorang tetamu yang tidak diduga datang ke rumahnya.



Ibunya, Cik NurShidah Ismail, 50 tahun, merupakan seorang suri rumah.



"Saya terperanjat Anggota Parlimen Encik Zainal Sapari datang ke rumah saya. Beliau katakan kepada saya agar tidak berputus asa dan terus gigih berusaha mencapai sasaran untuk ke NUS," kongsinya.



Ternyata kata-kata tersebut yang masih disimpan di benaknya, selain berkat doa ibu bapanya, Encik Firdaus akhirnya mencapai matlamatnya untuk ke NUS.



Berkat usahanya dan semangat tidak putus asa itu, beliau akan menerima ijazah Sarjana Muda dalam Sains Sosial (Sains Politik) dengan Kepujian Tertinggi semasa majlis konvokesyennya di NUS esok.



Perjalanan pendidikan penerima Anugerah Mengajar Kementerian Pendidikan (MOE) dan Anugerah Buku Presiden itu juga tidak akan berakhir di situ.



Beliau akan mengikuti kursus sarjana pula dalam bidang Pengajian Asia di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) selama setahun sebelum mula mengajar sekitar pertengahan tahun depan.



"Sebagaimana guru-guru saya pernah memberi dorongan kepada saya, saya mahu melakukan perkara yang sama kepada pelajar lain.



"Malah saya boleh memberitahu mereka bahawa tiada yang mustahil kerana saya sendiri yang dari aliran Normal Akademik mampu mencapai kecemerlangan hingga ke tahap Sarjana," katanya yang bakal mengajar mata pelajaran Sejarah dan Sains Sosial.



Mengulas perjalanan pendidikannya, anak muda berwawasan ini berkata:



"Usah biarkan stereotaip berhubung keputusan PSLE membelenggu dan mematahkan semangat kita.



"Sebaliknya tetapkan sasaran, dan kerja keras untuk mengecapinya. Sokongan moral daripada orang sekeliling seperti keluarga dan guru penting agar semangat meraih kejayaan itu terus membara."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >