Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pelajar SNU tubuh syarikat sosial bela nasib warga emas

Aug 15, 2021 | 05:30 AM



SEKUMPULAN bekas pelajar prauniversiti Sekolah Menengah Sang Nila Utama (SNU) telah menubuhkan sebuah syarikat sosial dalam usaha membela nasib dan memperbaiki taraf hidup warga emas.



Dinamakan HatiEmas60, syarikat itu telah didaftarkan dan sedang menunggu kelulusan daripada Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra).



Menurut jurucakap HatiEmas60, Encik Rosli Abu, idea menubuhkan syarikat itu tercetus dalam satu pertemuan dalam kalangan sekumpulan bekas pelajar prauniversiti SNU selepas berakhirnya tempoh pemutus litar tidak berapa lama dulu.



''Kami bertukar-tukar khabar selepas bertahun-tahun tidak bertemu. Tentulah, secara fizikal kami sudah dimamah usia. Tetapi yang penting, pertemuan itu membolehkan kami bertukar maklumat tentang kesihatan dan kebajikan masing-masing.



"Berdasarkan maklumat ini, kami putuskan untuk mengusahakan satu platform agar dapat memberi manfaat kepada kami dan warga emas yang lain,'' katanya.



Anggota HatiEmas60 menuntut di peringkat prauniversiti SNU antara 1977 hingga 1978, dan kini berusia di awal 60-an. Syarikat itu mempunyai 13 anggota pengasas, dua daripadanya menetap di Malaysia.



HatiEmas60 memilih tiga daripada anggota pengasasnya sebagai pengarah syarikat itu iaitu Encik Rujok Pandi, Encik Asman Shamsuri dan Encik Rosli sendiri.



Encik Rosli menjelaskan, jangka usia warga emas di negara ini telah meningkat sejak beberapa dekad lalu kepada 83.8 tahun. Ini bermakna warga emas yang berusia sekitar 60-an kini dijangka dapat hidup selama 20 tahun lagi.



HatiEmas60 menetapkan misi menyediakan satu wadah bagi warga emas (60 tahun dan ke atas) dan golongan atau individu yang memerlukan untuk mencapai self-sufficiency menerusi pendidikan awam, bantuan untuk membantu mereka hidup berdikari, latihan dan latihan semula serta peluang pekerjaan.



Antara lain, HatiEmas60 akan menjalankan sesi runding cara dan kaunseling bagi golongan sasaran tentang cabaran yang dihadapi oleh golongan itu dan peluang-peluang yang boleh dimanfaatkan selain menyediakan peluang latihan/kemahiran serta pekerjaan buat mereka.



Ia telah melaksanakan beberapa program baru-baru ini, antaranya bekerjasama dengan sebuah firma untuk memasarkan ternakan korban.



Sebahagian daripada keuntungannya disalurkan kepada HatiEmas60, manakala dagingnya pula didermakan kepada sebuah badan amal yang menyediakan makanan percuma kepada golongan memerlukan dan sebuah pertubuhan yang membantu bekas pesalah.



Syarikat itu akan berusaha mengumpul sumber yang akan digunakan untuk manfaat warga emas dan golongan atau keluarga memerlukan, termasuk bekas pesalah dan pengguna dadah.



''Kami jangka sebahagian besar warga emas mungkin tidak mempunyai cukup wang simpanan, termasuk CPF, untuk menampung kehidupan mereka di hari-hari tua kelak.



"Kami harap dapat menyediakan peluang kepada warga emas, yang masih berkemampuan, untuk menimba ilmu atau kemahiran supaya mereka boleh terus hidup berdikari, insya-Allah,'' kata Encik Rosli lagi.



Ia telah mengenal pasti beberapa syarikat untuk bekerjasama dan menyediakan kursus-kursus atau latihan kemahiran bagi membantu warga emas menimba kemahiran dan meraih pekerjaan baru.



Salah satu syarikat itu ialah LEARNCOLLAB, anak syarikat TA Corporation Ltd, yang membantu individu dan syarikat meraih pelbagai kemahiran digital dan terkini.



HatiEmas60 juga sedia bekerjasama dengan badan-badan pemerintah seperti Kementerian Kesihatan (MOH) dan badan-badan sukarela untuk menyediakan khidmat yang mampu mempertingkat taraf hidup warga emas.



Ia juga akan menjalankan usaha merekrut anggota baru dan mengundang bekas pelajar SNU agar menyertai syatikat itu. Tawaran ini turut dibuka kepada warga emas dari sekolah-sekolah lain.



Mereka yang berminat boleh menghubungi Encik Rosli menerusi e-mel b_rosli@yahoo.com.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >