Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

OMBAK GELORA bukan halangan

Bekas pelajar tahfiz pilih industri kelautan kerana dinamik, rancak

Sep 16, 2019 | 05:30 AM



APABILA Encik Muhammad Fahrur Razi Yusoff ke Malaysia untuk menuntut di sebuah sekolah tahfiz lebih 10 tahun lalu, fikirnya kerjaya dipilih tentu dalam bidang ukhrawi.



Tetapi pengalaman menaiki dan melakukan pemeriksaan kapal semasa bertugas dengan Polis Pengawal Pantai ketika menjalankan Perkhidmatan Negara (NS), mencetuskan minat baru dalam bidang kelautan.



Namun kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beliau kurang memuaskan dan permohonannya ke politeknik setempat tidak diterima.



Tidak patah semangat, Encik Fahrur Razi bertekad untuk menduduki peperiksaan peringkat 'O' semula pada usia 23 tahun, dan membiayai pengajiannya sendiri.



Usahanya berhasil apabila penuntut tahun pertama dalam Pengajian Maritim di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) itu muncul sebagai antara penerima Biasiswa MaritimeOne.



Encik Fahrur Razi, 28 tahun, menganggap perjalanannya ke menara gading penuh pahit manis.



"Saya tidak pernah menjangka menerima biasiswa seperti ini. Ia satu pencapaian yang besar.



"Apabila saya mengambil peperiksaan 'O', saya hanya fikir untuk belajar bersungguh-sungguh kerana saya impikan untuk masuk universiti," ujar lulusan diploma dalam Pengajian Nautikal itu.



Anak bongsu lima beradik itu berkata harapan awal ibu bapanya adalah untuknya menjadi asatizah.



"Apabila saya dihantar ke sekolah tahfiz di Johor Bahru pada usia sembilan hingga 19 tahun, tentunya laluan pendidikan dan kerjaya dirancangkan lebih berbentuk ukhrawi.



"Selepas itu saya lanjutkan pengajian di Universiti Kolej Islam di Selangor tetapi disebabkan faktor kewangan dan mula hilang minat, saya berhenti dan pulang ke Singapura," jelasnya.



Namun apabila permohonannya ke politeknik ditolak kerana kelulusan SPM - yang setaraf peperiksaan 'O' - tidak memenuhi kriteria, Encik Fahrur Razi sedar beliau harus belajar semula walaupun dari bawah.



"Sebab saya mahu berjaya, dan tidak mahu menjadi seperti sesetengah kawan dari sekolah sama yang pulang ke sini dan terpaksa melakukan kerja yang tiada kaitan seperti pegawai keselamatan," terang beliau.



Disebabkan keluarganya dihimpit masalah kewangan, Encik Fahrur Razi bekerja sepenuh masa sambil menjalani kelas lima kali seminggu.



"Saya tidak mahu susahkan ibu bapa jadi saya bekerja pada siang hari dan ambil kelas pada waktu malam bagi membayar yuran keseluruhan sekitar $5,000.



"Saya juga menetapkan matlamat untuk menamatkan pengajian saya dalam masa setahun - sesuatu yang agak mencabar, memandangkan saya bekerja," ceritanya yang kemudian berjaya melangkah ke politeknik hasil usaha gigihnya.



Apabila ditanya bagaimana minat dalam bidang kelautan tercetus, Encik Fahrur Razi berkata ia berlaku tanpa disengaja semasa menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



"Saya bertugas dalam pasukan Polis Pengawal Pantai dan berpeluang melihat sendiri operasi dan kegiatan kelautan, seperti pemeriksaan kapal dan sebagainya.



"Saya tertarik dengan industri ini kerana ia sangat dinamik, rancak dan beroperasi 24 jam," terangnya.



Beliau juga optimis tentang masa depannya dalam bidang itu dengan peluang luas ditawarkan oleh syarikat tempatan dan antarabangsa di Singapura.




Saya tidak pernah menjangka menerima biasiswa seperti ini. Ia satu pencapaian yang besar. Apabila saya mengambil peperiksaan 'O', saya hanya fikir untuk belajar bersungguh-sungguh kerana saya impikan untuk masuk universiti.
- Encik Muhammad Fahrur Razi Yusoff.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >