Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pemain bola sepak didapati bersalah cabul rakan wanita yang ditemui di Tinder

Oct 23, 2020 | 03:50 PM



SEORANG bekas pemain bola sepak yang sudah berkahwin berkenalan dengan seorang wanita di wadah berkenalan Tinder dan pasangan itu pergi ke kelab malam dengan salah seorang rakan wanita tersebut pada 2018.



Mohammad Imran Sahib Mohamed Ibrahim Sahib, 38 tahun, bagaimanapun mengakhiri malam itu dengan mencabul kehormatan rakan kenalannya itu apabila dia menghantar kedua-dua wanita tersebut pulang menaiki keretanya.


Setelah menghantar pasangannya, Imran, yang pernah bermain untuk pasukan bola sepak Tampines Rovers dan Home United, antara lain memberitahu mangsa, yang ketika itu berusia 21 tahun, agar duduk di tempat duduk penumpang depan.


Bapa tiga anak itu kemudian mencabul wanita tersebut ketika mereka dalam perjalanan di Ang Mo Kio Avenue 6.


Wanita itu bagaimanapun berjaya melarikan diri dengan berkaki ayam apabila Imran memberhentikan kereta di tepi jalan untuk membuang air, mahkamah daerah diberitahu semasa perbicaraan.


Imran menafikan mencabul wanita itu tetapi Hakim Daerah Kan Shuk Weng pada Khamis (22 Okt) mendapati dia bersalah atas dua tuduhan mencabul dan satu tuduhan menggunakan kekerasan terhadap wanita itu.


Dia diberi ikat jamin $5,000 dan akan dijatuhi hukuman pada 13 November.


Bagi setiap tuduhan mencabul, dia boleh dipenjara hingga dua tahun dan denda atau disebat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >