Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:14
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Bekas pemain Liga-S meninggal di Bangkok, bos ditangkap

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bekas pemain Liga-S meninggal di Bangkok, bos ditangkap

Jun 01, 2016 | 09:35 AM

SEORANG bekas pemain bola sepak Liga-S, Encik Sivaneswaran Ramalingam, 29 tahun, yang berpangkalan di Bangkok, dipercayai dibunuh di ibu negara Thailand itu hujung minggu lalu.

Bapanya, Encik Ramasamy Ramalingam, 60 tahun , seorang pemandu bas privet, mendapat panggilan dari Bangkok pada awal pagi Sabtu lalu yang memberitahu bahawa anaknya telah meninggal dunia.

Beliau terus menaiki penerbangan pertama ke Bangkok pada 7.20 pagi hari itu.

Encik Siva meninggal dunia dek dicekik, menurut sijil kematiannya yang dilihat oleh akhbar The Straits Times.

Beliau, yang pernah bermain bagi Sengkang Punggol, kini Hougang United, bekerja di Thailand kira-kira 15 tahun, bermula sebagai pemain sepak bola dan kemudian sebagai pengurus jualan di sebuah syarikat kuku dan spa.

Encik Ramasamy memberitahu akhbar itu di flat beliau di Bishan pada Selasa (31 Mei) bahawa polis Thai menunjukkan kepadanya video enakmen semula apa yang mereka lihat sebaik tiba di kondominium Encik Siva.

"Ada seorang lelaki memegang kakinya, dan seorang lelaki lain mencekik Siva," kata beliau.

Polis Thai juga memberitahunya bahawa bos anaknya, Kevin Maes, seorang warga Belgium, telah ditangkap kerana didakwa menyebabkan kecederaan parah dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Seorang lelaki lain turut ditahan dan siasatan sedang dijalankan, kata Encik Ramasamy.

Satu lagi kejutan bagi Encik Ramasamy ialah wanita yang diketahuinya menjadi temanita anaknya selama lima tahun ternyata masih berkahwin dengan Encik Maes.

Cik Sarah Gieghase yang menelefonnya untuk memberitahu bahawa "Siva sudah tiada", kata Encik Ramasamy, yang mempunyai tiga anak lagi.

Encik Siva, yang bercakap bahasa Thai dengan fasih, dan Cik Gieghase, seorang warga Belgium, mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga setengah tahun.

Rakan-rakan dan keluarga berkata pasangan itu mempunyai hubungan bergelora dan bergaduh mengenai isu anak dan perniagaan mereka.

Mayat Encik Siva telah diterbangkan ke Singapura pada Ahad.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3