Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pemandu Uber dipenjara dua minggu mengakibatkan kematian pejalan kaki di Tiong Bahru

Jan 09, 2019 | 05:30 PM



SEORANG pemandu berusia 42 tahun telah melanggar seorang pejalan kaki sepanjang Tiong Bahru Road Januari tahun lalu, mengakibatkan beliau tidak sedar.  



Mangsa kemalangan tersebut, seorang warga Filipina, meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami selepas itu. 



Kerana menyebabkan kematian Encik Erwin Delacana Bermejo, juga berusia 42 tahun, Soh Han Seong, seorang pemandu Uber, dijatuhi hukuman penjara dua minggu hari ini dan dilarang memandu selama lima tahun. 



Hakim Daerah Luke Tan membenarkan Soh, yang mengaku bersalah November tahun lalu, untuk meluangkan masa bersama keluarganya semasa Tahun Baru Cina dan selepas itu, beliau dikehendaki menjalani hukumannya mulai 11 Februari. 



Mahkamah diberitahu bahawa pada 27 Januari tahun lalu sekitar 4.44 petang, Soh sedang memandu di laluan kanan Tiong Bahru Road menuju ke arah Outram Road. Pada masa itu, beliau sedang membawa penumpang ke Sentosa. 



Encik Bermejo sedang menyeberang jalan dari kiri ke kanan dan Soh, yang tidak sedar akan perkara itu, tidak sempat menekan brek. 



Kenderaan Soh melanggar pejalan kaki itu, yang kemudiannya dihantar ke Hospital Besar Singapura di mana beliau meninggal dunia akibat kecederaannya sekitar 9.48 malam itu. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >