Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pembaca berita Duncan Watt, 74 tahun, meninggal dunia

Sep 09, 2017 | 02:14 PM



BEKAS pembaca berita dan penulis buku kanak-kanak Duncan Gordon Watt telah meninggal dunia.



Watt, 74 tahun, yang dikenali sebagai penulis siri buku remaja Wallace Boys menghidapi barah hati dan meninggal dunia pada Khamis (7 September) lalu.



Dilahirkan berhampiran Victoria Falls di Zambia - yang dahulu dikenali sebagai Northern Rhodesia - kepada ibu bapa warga British, Watt menjelajah ke lebih 80 negara sebelum menetap di Singapura pada 1975.



Beliau bekerja di British Council sehingga bersara pada 1992, dan juga bertugas sebagai pembaca berita di television dan juruhebah radio pada tahun 1980-an dengan 1990-an.



Beliau membaca berita utama di Saluran 5 di Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC) selama 16 tahun. Sehingga 2004, beliau juga menyampaikan program radio waktu petang di Symphony 92.4 FM, yang memainkan lagu-lagu klasik ringan.



Beliau menulis 20 buku dalam siri Wallace Boys - berkenaan pengalaman dua adik-beradik lelaki Nigel dan Bruce Wallace meneroka tempat-tempat jauh seperti Kariba, Zimbabwe dan di Scottish Highlands.



Beliau juga menulis beberapa buku lain seperti The Treasure of the Tiger dan The Pagodas of Pahang.



Buku-bukunya, yang kini tidak dicetak lagi, telah berjaya menjual 50,000 salinan.



Upacara pembakaran mayat berlangsung di Mandai Crematorium esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >