Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pemilik Mobile Air mengaku salah bagi 12 tuduhan

Nov 16, 2015 | 12:35 PM



Jover Chew, bekas pemilik Mobile Air, kedai di Sim Lim Square yang kini tidak berfungsi, mengaku bersalah bagi 12 pertuduhan di mahkamah pada Isnin (16 Nov).


Chew, 33 tahun, menghadapi 28 pertuduhan melibatkan $16,149 - 26 pertuduhan menipu, satu tuduhan berkelakuan menghina terhadap pelanggan dan satu tuduhan a berpakat untuk menipu pelanggan sepanjang tempoh 10 bulan.


Sebanyak 16 tuduhan akan diambil kira apabila hukuman dijatuhkan.


Pihak pendakwaan meminta hukuman penjara tiga tahun bagi Chew, yang dikatakan telah memulangkan sepenuhnya wang pelanggan yang ditipunya, tetapi peguambela berhujah hukuman dua tahun penjara mencukupi.


Amalan perniagaan tidak jujur Chew dan kakitangannya terdedah November tahun lalu apabila video dua warga Vietnam merayu padanya untuk membayar balik duit mereka tersebar di media sosial.


Seorang pekerja kilang, Encik Pham Van Thoai, membayar $950 bagi iPhone yang hendak dijadikan hadiah hari jadi temanita tetapi diminta membayar tambahan $1,500 bagi yuran jaminan.


Chew juga memaksa seorang pelangga warga China, Cik Zou Jing Tong, mengambil duit syiling $547 dari lantai, dengan niat menyebabkan beliau derita.


Wang tersebut sebahagian daripada perintah Tribunal Tuntutan Kecil agar Mobile Air membayar balik Cik Zou, yang ditipu seorang pekerja Chew kononnya sebuah iPhone 6 akan dijual kepada beliau pada harga $1,600.


Bulan lalu, empat bekas pekerja bebas Chew dihukum penjara antara empat dan 14 bulan kerana berpakat menipu pelanggan.


Hakim Daerah Siva Shanmugam menangguhkan hukuman ke atas Chew hingga pada 30 Nov.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >