Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pemimpin Gereja City Harvest ditangkap di laut semasa cuba tinggalkan S'pura

Feb 21, 2018 | 08:31 PM



BEKAS pengurus dana Gereja City Harvest (CHC), Chew Eng Han, yang didapati salah menyalah guna dana gereja, telah diberkas di laut pagi tadi semasa cuba meninggalkan Singapura dengan menaiki bot.



Chew, 57 tahun, sepatutnya memulakan tempoh hukuman penjaranya selama tiga tahun empat bulan mulai esok berkaitan peranannya dalam kes menyalah guna dana amal terbesar dalam sejarah Singapura.



Chew diberkas bersama seorang lagi lelaki, Tan Poh Teck, 53 tahun, pada 8.47 pagi di atas sampan bermotor, kata polis dalam satu taklimat petang tadi di Pangkalan Polis Pengawal Pantai (PCG) Loyang, memberi perincian mengenai insiden tersebut.



Tan merupakan pengemudi sampan tersebut, lapor akhbar The Straits Times.



Akhbar itu difahamkan bahawa siasatan awal mendedahkan bahawa apabila disoal, Chew dan Tan, mendakwa mereka sedang memancing.



Namun berdasarkan maklumat yang diterima sebelum itu, polis mengesahkan kededua lelaki tersebut sedang meninggalkan Singapura secara haram dari Pulau Ubin untuk ke Malaysia.



Mereka juga tidak melakukan apa-apa di atas bot yang menunjukkan mereka sedang memancing.



Chew yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak berusia 17 dan 27 tahun, didapati membawa bersamanya wang tunai berjumlah $5,000 serta peralatan memancing.



Kededua mereka diberkas atas kesalahan "Cuba meninggalkan Singapura secara haram di Pusat Pelepasan yang tidak Disahkan" di bawah Akta Imigresen.



Mereka yang didapati bersalah bagi kesalahan itu boleh menghadapi hukuman denda maksimum sebanyak $2,000 atau dipenjara bagi tempoh maksimum selama enam bulan, atau kededuanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >