LANGGANI Tablet Berita Harian (BH) dan rebut peluang memenangi hadiah pelayaran bot peranginan catamaran Kucinta berharga $1,850 selama empat jam.
Sambil anda meluangkan masa bersama keluarga, bot peranginan dua tingkat ini dapat memberi anda ketenangan di tengah-tengah pantai barat laut Singapura, jauh dari hiruk-pikuk bandar. Dengan reka bentuk dan ruang luas yang dapat memuatkan sekitar 27 orang, ia menawarkan banyak kemudahan hiburan untuk seisi keluarga, seperti sistem hiburan Bluetooth serta sistem karaoke layar sentuh.