Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas penerbit MediaCorp dijel kerana serang pegawai polis

Apr 21, 2016 | 10:00 AM



SEORANG penerbit MediaCorp yang mabuk menanggalkan bahagian atas bikininya dalam kolamrenang di Tanjong Beach Club di Sentosa dan menggunakan kekerasan serta bahasa kesat terhadap empat pegawai polis yang respon kepada aduan.



Pada Rabu (20 Apr), Zhao Xiaotian, 26 tahun, dipenjara dua minggu selepas dia mengaku menampar Sarjan Muhammad Fahmi Osman, 27 tahun, dan meludah Sarjan Muhammad Hafiz Kamsari, 30 tahun, dua kali di luar kelab itu pada 26 April tahun lalu.



Dia kini bebas dengan ikat jamin $10,000 sementara menunggu rayuannya terhadap hukuman tersebut.



Zhao pergi ke kelab itu pada kira-kira 1 petang hari itu untuk bertemu rakan-rakannya. Mereka berada di situ hingga malam dan meminum arak.



Pada kira-kira 8.30 malam, pengawal keselamatan Zainal Abidin Amir Hamzah, 39 tahhun, mendapati Zhao menanggalkan bahagian atas bikininya dalam kolam renang. Dia memakainya apabila disuruh dan menanggalkannya lagi sebentar kemudian.



Apabila Encik Zainal Abidin meminta pengenalan dirinya, Zhao menjadi agresif, dan polis dipanggil.



Apabila Sarjan Fahmi dan Sarjan Hafiz tiba, dia menggunakan bahasa kesat terhadap mereka. Semasa Sarjan Fahmi meminta kad pengenalannya, Zhao meletak bahagian atas bikininya di atas bahu beliau, berhampiran mukanya.



Dia kemudian menampar pipi kiri Sarjan Fahmi. Apabila ditangkap, Zhao melawan dengan ganas tetapi dapat ditahan.



Ketika dua pegawai polis itu cuba memasukkannya ke tempat duduk belakang kereta rondaan, Zhao terus melawan dan melemparkan kata-kata kesat terhadap mereka serta meludah Sarjan Hafiz dua kali.



Zhao terus bertindak ganas apabila seorang sarjan wanita tiba dan menggunakan bahasa kesat terhadap para pegawai polis itu.



Paras alkohol dalam darahnya telah didapati 121 mg setiap 100ml.



Peguam Zhao, Encik Nakoorsha A.K., berkata Zhao, yang kini pegawai jualan dan pemasaran, sangat menyesali tindakannya.



Enam lagi pertuduhan terhadap Zhao, yang bekerja bersama MediaCorp pada 2012 dan dari December 2014 hingga September lalu, diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >