Bekas pengarah, 2 pegawai didakwa menipu hampir $5,000, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:56
Zuhur
1:00
Asar
3:59
Maghrib
7:02
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

KES WANG SUBSIDI PENJAGAAN KANAK-KANAK FAITH EDUCARE CENTRE

Bekas pengarah, 2 pegawai didakwa menipu hampir $5,000

Mar 18, 2021 | 05:30 AM

BEKAS pengarah pusat jagaan kanak-kanak bersama dua orang kakitangannya didakwa di mahkamah semalam dengan kesalahan menipu Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (Ecda) hampir $5,000 daripada wang subsidi penjagaan kanak-kanak.

Josephine Tan Poh Choo, 53 tahun, bersama bekas pegawai Arulanandam Rajeswary, 53 tahun, dan Fatimah Bivee Mohd Shariff, 42 tahun, dihadapkan di mahkamah sedang tuduhan itu dibacakan kepada mereka.

Kesemua mereka menghadapi tuduhan menipu.

Tan dan Rajeswary menghadapi lapan tuduhan setiap seorang, manakala Fatimah Bivee dikenakan empat.

Ketiga-tiga mereka yang dahulunya bekerja bersama di Faith Educare Centre telah dituduh berkomplot dalam kes penipuan Ecda dan memberi geran subsidi kepada kanak-kanak yang tidak menghadiri pusat jagaan itu, sekitar sebelum Januari 2016.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Rangkaian pusat jagaan kanak-kanak itu kini tidak lagi beroperasi, lapor The Straits Times.

Ecda mentadbir skim subsidi penjagaan kanak-kanak tersebut, yang membantu mengurangkan yuran prasekolah kanak-kanak Singapura dengan membayar subsidi kepada pusat jagaan kanak-kanak yang berlesen di sini.

Tan dan Rajeswary telah dituduh berkomplot dengan mengatakan bahawa lapan orang kanak-kanak telah menghadiri pusat jagaan itu, manakala Fatimah Bivee pula dituduh dalam empat tuntutan subsidi itu.

Ecda dikatakan telah memberi $4,800 kepada pusat tersebut dalam penipuan itu.

Ecda berkata dalam satu kenyataan pada Selasa, bahawa terdapat penyelewengan dalam tuntutan subsidi Faith Educare pada bulan Ogos 2016, dan telah merujuk perkara tersebut kepada pihak polis.

Wang yang dikeluarkan bagaimanapun dikatakan telah dibayar semula.

"Bagi pengeluaran subsidi prasekolah di bawah Ecda, terdapat proses dan pemeriksaan yang perlu dilakukan demi memastikan penggunaan yang wajar serta kebertanggungjawapan bagi menggunakan wang pemerintah.

"Ecda akan tetap mengekalkan pengawasan ketat termasuk penggunaan subsidi pemerintah oleh prasekolah dan ini termasuk melakukan audit dari masa ke semasa," ujar Ecda.

Jika disabit kesalahan, ketiga mereka boleh dipenjara sehingga 10 tahun, disaman atau kededuanya sekali.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map