Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pengarah bersama syarikat dan bekas pengurus rangkaian dan telekom bank didenda $30,000 setiap seorang kerana rasuah

Feb 26, 2020 | 05:58 PM



SEORANG pengurus rangkaian dan telekom di ABN Amro Bank (Singapura) telah menerima rasuah sebanyak $17,500 daripada seorang pengarah bagi salah satu vendornya sebagai ganjaran melanjutkan kepentingan perniagaan firma itu dengan institusi kewangan tersebut.


Mahkamah daerah diberitahu pada Rabu (26 Februari) bahawa Kenny Lim Yong Chye, 42 tahun, mengambil wang dari Patrick Kuah Boon Tat, 41 tahun, salah seorang pengarah syarikat Unified Consultancy (UCPL) yang menyediakan khidmat pengurusan data.


Timbalan Pendakwa Raya Victoria Ting berkata Kuah dan dua pengarah bersama syarikatnya - Chong Ming Sang, 44 tahun, dan Liew Chun Shiong, 48 tahun - terlibat dalam konspirasi untuk memberi rasuah kepada Lim.


Pada Rabu, Lim dan Chong mengaku bersalah di atas tuduhan rasuah melibatkan $11,500 dan masing-masing didenda $30,000, lapor The Straits Times.


Setiap lelaki juga menghadapi tuduhan rasuah kedua melibatkan $6,000 tetapi ia diambil dalam pertimbangan semasa hukuman dijatuhkan.



Peguam bela Tan Cheng Kiong berkata Lim kini tidak bekerja.


Satu carian di laman web Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat mendedahkan bahawa Chong bukan lagi pengarah di UCPL.


Bagaimanapun, Chong masih merupakan pemegang saham firma itu. 


Kes melibatkan Kuah dan Liew masih belum selesai.


Mahkamah diberitahu bahawa semasa bekerja untuk bank itu, pasukan Lim mengendalikan unit perniagaan seperti huraian rakaman suara.


Lim juga ditugaskan untuk mendapatkan sebutan harga.


UCPL menyediakan perkhidmatan seperti pengarkiban data.


Ia telah menjadi vendor ABN Amro sejak 2012.


Dokumen mahkamah tidak menyatakan sama ada ia masih menjadi vendor kini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >